Skip to main content
Berita TempatanHomeKuala LumpurWilayah Persekutuan

Pendakwah Abu Hassan Din Meninggal Dunia

By 1 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Foto: Ihsan Kosmo

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Malaysiaaktif) – Pendakwah terkenal, Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz disahkan telah meninggal dunia pagi ini.

Mengikut anak Allahyarham, Mohamad Yusri, bapanya rebah dan tidak sedarkan diri ketika bangun hendak menunaikan solat Subuh.

Beliau berkata, Alllahyarham kemudian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi tadi.

Katanya, jenazah akan disembahyangkan di Masjid Saidina Hamzah di Kampung Batu Muda di sini dan dijangka dikebumikan di perkuburan berdekatan sebelum Zohor.

Allahyarham Abu Hassan, merupakan bekas imam di Masjid Negara dan pernah menjadi Penasihat Agama kepada beberapa orang Yang di-Pertuan Agong termasuk Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar melalui laman sosialnya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.

“Mewakili kerajaan negeri Terengganu saya ingin merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga tuan guru Datuk Seri Abu Hassan Din al-Hafiz yang telah kembali ke rahmatullah pagi ini.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan digolongkan bersama para salehin,” katanya.

– Bernama

Tinggalkan komen anda