Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

Selangor Salur RM1.465 Juta Sumbangan Untuk Masjid, Surau

By 6 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:
Laporan / Foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 6 Mei (Malaysiaaktif) – Kerajaan Selangor menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.465 juta bagi aktiviti dan moreh kepada masjid dan surau di seluruh Selangor tahun ini.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata daripada jumlah tersebut, sebanyak 226 masjid, 1,091 surau serta 92 surau dengan kebenaran solat Jumaat menerima sumbangan RM1,000 hingga RM1,200.

Katanya, masjid yang mempunyai simpanan dana melebihi RM100,000 dan surau RM50,000 tidak layak menerima sumbangan tersebut.

“Masjid dan surau perlu menghantar dokumen penyata kewangan terkini yang diperlukan ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk dinilai.

“Memandangkan dana sumbangan peruntukan moreh pada tahun ini agak berkurangan sedikit, maka JAIS menetapkan syarat tambahan seperti itu tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Menyemarak Ramadan bersama masjid dan surau Daerah Gombak serta melancarkan Selangor Bertadabbur di Masjid Jamek Al-Amaniah, di sini hari ini.

Turut hadir, Orang Besar Daerah Gombak, Tan Sri Wan Mahmud Pa’Wan Teh, Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim dan Pegawai Daerah Gombak, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata beliau yakin masjid dan surau yang mempunyai dana mencukupi dapat melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadhan walaupun syarat tersebut diberikan.

“Ini kali pertama syarat itu ditetapkan, ia dilaksanakan kerana kerajaan negeri berpandangan ianya perlu mengagihkan untuk program dakwah dan bantuan bersasar lain.

“Saya berharap semua pihak akan terima dan memahaminya kerana jika pendapatan masjid dan surau mencukupi, ia tidak beri kesan,” katanya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda