Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Trak Tani Wilayahku; Dekat, Murah dan Segar

By 25 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Elyas Hisyam Mat Zin/Mohd Izzideen Khairi Zakaria (WPKL)

PUTRAJAYA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Lima buah trak tani diserahkan kepada pengusaha terpilih sempena Program β€˜Trak Tani Wilayahku’, di sini semalam.

Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abu Samad, menjelaskan ini merupakan salah satu inisatif program bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam mendapatkan barangan keperluan harian.

Program ini adalah kerjasama antara Kementerian Wilayah Persekutuan dengan Lembaga Pemasaran Persekutuan (FAMA).

Khalid ketika meninjau barangan yang dijual di Trak Tani Wilayahku.

Khalid ketika meninjau barangan yang dijual di Trak Tani Wilayahku.

“Melalui kerjasama ini, diharap rakyat dapat membeli barangan yang berkualiti pada harga yang lebih murah dan mencegah berlakunya manipulasi harga barangan keperluan oleh orang tengah.

“Harga jualan adalah lebih rendah dari pasaran iaitu antara 5 hingga 20 peratus manakala barangan keperluan asas yang dijual adalah seperti ayam, ikan, sayur serta barang barang kawalan bersubsidi seperti minyak masak, gula, tepung dan beras,” katanya ketika merasmikan program berkenaan.

Pengusaha trak tani ini akan menjual barangan keperluan harian di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Antara barangan yang dijual di trak tani ini.

Antara barangan yang dijual di trak tani ini.

“Antara lokasi jualan di Putrajaya adalah Perbadanan Putrajaya, Kompleks C, E dan di Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengikut hari yang ditetapkan.

“Manakala di Kuala Lumpur trak tani ini akan berada di Apartment Seri Ceria, Bukit Jalil setiap hari dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi,” katanya lagi.

Program ini dijangka akan diperluaskan agar capaian jaringan jualan sampai ke kawasan komuniti terutamanya di kawasan PPR seluruh Kuala Lumpur.

Turut hadir, Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak dan Presiden Perbadanan Putrajaya, Datuk Dr Aminuddin Hassin.

-SH

Tinggalkan komen anda