Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala Lumpur

Sikap Pemandu Punca Utama Kemalangan Jalan Raya

By 25 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Ibrahim (WPKL)

PUTRAJAYA, 25 Mei (Malaysiaaktif) – Sikap dan cara pemanduan masyarakat Malaysia merupakan penyumbang utama kepada peningkatan kes kemalangan setiap tahun.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad, sehingga Mac tahun ini, di Putrajaya sahaja terdapat sebanyak 605 kes kemalangan jalan raya yang turut menyebabkan satu kematian berlaku.

“Kerajaan sedang dalam usaha melaksanakan program yang menggabungkan agensi awam dan swasta berkaitan keselamatan jalan raya dalam memberikan pendidikan awal kepada seluruh komuniti setempat di Malaysia,” katanya ketika merasmikan Program Mini Karnival dan Forum Keselamatan Jalan Raya, di sini semalam.

Program Mini Karnival dan Forum Keselamatan Jalan Raya ini merupakan anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bagi memberikan kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan keselamatan semasa di jalan raya terutamanya pada musim perayaan.

Dalam pada itu turut disampaikan bantuan kepada 245 pelajar Asnaf dari 20 buah kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan tiga buah Sekolah Rendah Agama (SRA) sekitar Putrajaya.

SH

Tinggalkan komen anda