Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

YB Turun Padang Imarahkan Aktiviti Bulan Ramadan

By 14 Mei 2019Tiada komen2 minit bacaan
 Laporan/foto: Muhammad Fandy Azam/Mohd Noor Samion (Melaka Tengah)

MELAKA, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Masyarakat setempat sentiasa menantikan bubur lambuk Bukit Cina yang dikatakan antara bubur lambuk tersedap yang resipinya hampir sama dengan bubur lambuk Kampung Hulu yang menjadi juadah berbuka sepanjang bulan Ramadan kepada masyarakat Bandar Melaka.

Bertempat di Masjid al-Hamidee, Bukit Cina diadakan Program Pengedaran Bubur Lambuk dan diserikan lagi dengan kehadiran Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banda Hilir, Tey Kok Kiew.

Menurut Kok Kiew, program ini antara aktiviti yang giat dijalankan dalam bulan Ramadan bagi memberikan keceriaan kepada umat Islam menyambut bulan Ramadan yang penuh kemuliaan.

Tey (empat dari kiri) bersama-sama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hamidee, Bukit Cina, mengedarkan juadah kepada orang ramai.

Tey (empat dari kiri) bersama-sama Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Hamidee, Bukit Cina, mengedarkan juadah kepada orang ramai.

“Edaran bubur lambuk ini sebagai satu sedekah kepada masyarakat terutamanya bagi yang beragama Islam untuk berbuka puasa, amalan ini amat dituntut bukan sahaja dalam Islam malah agama-agama lain turut diajar untuk bersedekah.

“Amalan gotong-royong dalam menghasilan bubur lambuk juga dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama masyarakat di sini, dan sudah pasti keharmonian dan kemakmuran dapat dinikmati oleh semua,”ujarnya.

Manakala bagi Jawatankuasa Masjid Maznah Abu, berkata pada setiap tahun pada bulan Ramadan masjid akan mengadakan program ini bagi bersama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.

“Jawatankuasa masjid akan bergotong royong pada sebelah pagi bagi menyiapkan tugasan dengan memasak bubur lambuk sebelum diagihkan kepada masyarakat setempat,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda