Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelaka

Kerajaan Negeri Bela Nasib Golongan Fakir Untuk Kehidupan Lebih Selesa

By 14 Mei 2019Tiada komen1 minit bacaan
 Laporan/foto: Mohd Muhaimin Amran/Azreen Ahmad (Merlimau)

MERLIMAU, 14 Mei (Malaysiaaktif) – Ketua Menteri Melaka Adly Zahari, menegaskan masyarakat dan agensi telah diberi peranan serta tanggungjawab dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan di negeri ini, agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam (MAIM) perlu bersedia dan memainkan peranan supaya dapat memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberi bantuan sewajarnya.

“Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan dalam memastikan kebajikan rakyat terjamin dan memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutama mereka yang kurang bernasib baik.

“Saya berharap penglibatan masyarakat dalam memastikan nasib golongan kurang berkemampuan ini juga diberi perhatian serius supaya tidak berlaku perkara yang boleh mendatangkan imej yang buruk kepada kerajaan negeri,”ujarnya sempena Majlis Penyampaian Sumbangan dan Bantuan Ramadan serta Majlis Berbuka Puasa Bersama Pemimpin Masyarakat Peringkat Parlimen Jasin di Masjid Asy-Syuja’ah, di sini baru-baru ini.

Warga emas, Leha Mad Karim, 73, berkata dengan bantuan keperluan harian ini, sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya untuk menyambut ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi memandangkan keadaannya yang kini berkerusi roda akibat strok yang dihidapi sejak lima tahun yang lalu.

Turut hadir Penyelaras Parlimen Jasin Khairuddin Abu Hasan, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Dr. Wong Fort Pin,  Pegawai Daerah Jasin  Datuk Anis Ali Hasan serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin Mustafa Ali.

-SH

Tinggalkan komen anda