
Laporan/foto: Sahiman Rahman/Jeffren Malaning (Kota Kinabalu)
INANAM, 22 Jun (Malaysiaaktif) – Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) buat julung kalinya menganjurkan Mini Ekspedisi Saintifik Bio-Edu-Trail Croker Range Biosphere Reserve dari 20 hingga 24 Jun 2019 di Kampung Kolosunan.

Antara tetamu kehormat yang hadir Nordin (tengah), Kenny (empat dari kanan), Arif (tiga dari kanan) dan Ludih (tiga dari kiri).
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman berkata, ekspedisi saintifik dilaksanakan bertujuan untuk mendokumentasi penemuan dan melaksanakan kajian saintifik di denai berkenaan selain dapat diwujudkan sebagai sebuah lagi produk pelancongan baharu di situ.
“DBKK sangat bertuah kerana sebagai sebuah bandaraya yang pesat membangun, kita masih memiliki khazanah yang kaya dengan biodiversiti di mana Kampung Kolosunan ini di dalam kawasan Croker Range Biosphere Reserve dan telah diiktiraf oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO).

Fred Tuh selaku Ketua Ekspedisi memberikan taklimat kepada tetamu kehormat berhubung perjalanan ekspedisi tersebut.
“Kami berharap komuniti Kampung Kolosunan dan semua pihak yang terbabit dapat memainkan peranan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan kekayaan flora dan fauna serta kepelbagian biodervsiti di kawasan ini untuk generasi akan datang.
“DBKK mengambil inisiatif ini untuk memberikan peluang dan ruang bersama-sama membangunkan kawasan luar bandar di kawasan pentadbiran DBKK melalui program pelancongan desa.

Kenny (tengah) dan Nordin (kiri) sedang mendengar taklimat kawasan trail ekspedisi oleh Ludih (kanan).
“DBKK memperkenalkan program Community Based Tourism supaya kawasan luar bandar juga dapat menikmati pertumbuhan ekonomi di negeri ini dan bukannya hanya sekadar pemerhati yang terpinggir,” ujarnya semasa merasmikan Mini Ekspedisi Saintifik Bio-Edu-Trail Croker Range Biosphere Reserve, pada Sabtu.
Tambah Nordin, dia yakin dengan adanya Bio-Edu-Trail Croker Range Biosphere Reserve di kawasan tersebut akan dapat meningkatkan kehadiran ramai pelancong domestik dan antarabangsa seterusnya memberikan impak yang positif kepada sosio-ekonomi masyarakat setempat.
Mini ekspedisi yang berlangsung selama lima hari itu disertai oleh 100 orang peserta terdiri daripada penyelidik pelbagai agensi terlibat antaranya DBKK, Taman-Taman Sabah (TTS), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Muzium Sabah, Sabah Tourism Board (STB), Sabah Biodersity Center dan Forever Sabah.
Turut hadir dalam program adalah Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N.13 Inanam, Kenny Chua; Ahli Dewan Undangan Negeri Dilantik, Ronnie Loh; Timbalan Pengarah Taman-Taman Sabah, Ludih Apin; Pengarah Muzium Sabah, Arif Abd Hamid; Timbalan Pengarah EPU Sabah, Azmi Salim dan pemimpin-pemimpin masyarakat.
-EM