Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Kisah Gelang Emas Bekal ke London Pikat Juri

By 22 Jun 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

ARAU, 22 Jun (Malaysiaktif) – Kumpulan Lantas dari Universiti Malaysia Perlis (Unimap) dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Negeri Perlis yang berlangsung di Kolej Matrikulasi Perlis, di sini hari ini.

Persembahan yang cukup berkesan dari Mohamad Akram Mohamad Nafi, Muhamad Fazri Rosli dan Noor Faresya Muhamad yang membawakan persembahan pengisahan bertajuk “Gelang Emas Bekal ke London” telah berjaya menambat hati juri dan seterusnya mengenepikan saingan lima lagi kumpulan.

Mereka juga akan mewakili negeri Perlis dalam Pertandingan Pengisahan Kenegaraan Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung September nanti.

Lantas membawa pulang hadiah berupa piala dan wang tunai RM3,000, plak hadiah serta sijil penyertaan yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Indera Kayangan, Gan Ay Ling.

Turut hadir Pengarah Jabatan Penerangan Perlis Ku Ismail Ku Yahya dan Pengarah Kolej Matrikulasi Perlis Mohd Fuad Mohd Noor.

Naib johan disandang Kumpulan Bitara yang diwakili Danish Wazien Pozilan, Pang Wai Yau dan Thenmoki a/p Segaran dari Kolej Matrikulasi Perlis, manakala kumpulan Budak Kampung dari Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negeri Perlis (JKKN) pula di tempat ketiga.

Program ini anjuran Jabatan Penerangan Negeri Perlis dengan kerjasama Kolej Matrikulasi Perlis.

-SH

Tinggalkan komen anda