
Laporan/Foto: Nur Effa Maruf/Shahvian Mohd Razali & Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Penghasilan video pada masa kini bukanlah satu perkara yang asing lagi di mata masyarakat.
Apa sahaja mesej yang hendak disampaikan, kini lebih menarik ditayangkan melalui kaedah video.
Pengarah Media Siber (BMS) Jabatan Penerangan Malaysia, Swady Guliling berkata, video merupakan trending terkini yang digunakan dalam media sosial.
āVideo merupakan satu alat, pendekatan yang lebih diminati oleh orang ramai terutamanya pengguna media sosial.
āVideo kini dilihat lebih menarik berbanding kaedah menggunakan penulisan atau teks apabila membuat sesuatu penyampaian.
āOleh itu, anggota Jabatan Penerangan (JaPen) amatlah digalakkan untuk sentiasa bersedia dan memajukan diri sendiri dengan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan video,” jelas beliau ketika ditemubual media selepas membuat penutupan Bengkel Penerbitan dan Suntingan Video di Wisma Dang Bandang, pada Jumaat.
Tambah beliau, kemahiran dalam penghasilan dalam video amat penting bagi membantu pihak kerajaan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.
āPerubahan pada masa kini, iaitu di era di media siber ini perlu dikenalpasti oleh setiap pegawai penerangan.
āKita seharusnya berada di hadapan, dan tidak ketinggalan dalam zaman yang sudah menjadi serba moden.
āDengan adanya kemahiran menghasilkan video yang lebih mantap, sudah tentu dasar-dasar kerajaan lebih mudah difahami oleh masyarakat di luar sana.
āStatistik terkini turut menunjukkan bahawa penyampaian mesej melalui video lebih efektif berbanding menggunakan penulisan, teks mahupun gambar,” tambahnya lagi.
Selain itu, menurutnya terdapat pelbagai aplikasi menarik dan percuma dalam pasaran untuk digunakan bagi menghasilkan video dengan lebih mudah.
āSeperti yang sudah kita tahu, dunia kini terletak di hujung jari.
āSebagai pegawai penerangan, kita hendaklah memanfaatkan pelbagai kelebihan dan teknologi sedia ada dalam meningkatkan kecekapan penyampaian mesej kepada masyarakat.
āGunakanlah kelebihan tersebut untuk memasarkan dasar-dasar kerajaan dengan pantas dan lebih meluas,ā ujar beliau.
Dalam bengkel yang dikendalikan oleh Juruaudio Visual Bahagian, Abu Huzaifah Abd Ghani, seramai 25 anggota JaPen diberi pendedahan dalam penghasilan video yang lebih kreatif dan mudah dengan menggunakan telefon pintar.
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah BMS JaPen Sabah, Zamri Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan BMS Jabatan Penerangan Malaysia.
-EM