Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Era Media Siber, Kemahiran Penghasilan Video Perlu Diperkasa Anggota JaPen

By 30 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Nur Effa Maruf/Shahvian Mohd Razali & Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Penghasilan video pada masa kini bukanlah satu perkara yang asing lagi di mata masyarakat.

Apa sahaja mesej yang hendak disampaikan, kini lebih menarik ditayangkan melalui kaedah video.

Pengarah Media Siber (BMS) Jabatan Penerangan Malaysia, Swady Guliling berkata, video merupakan trending terkini yang digunakan dalam media sosial.

“Video merupakan satu alat, pendekatan yang lebih diminati oleh orang ramai terutamanya pengguna media sosial.

Swady, memberi amanat kepada peserta bengkel dalam majlis penutupan.

Swady memberi amanat kepada peserta bengkel dalam majlis penutupan.

“Video kini dilihat lebih menarik berbanding kaedah menggunakan penulisan atau teks apabila membuat sesuatu penyampaian.

“Oleh itu, anggota Jabatan Penerangan (JaPen) amatlah digalakkan untuk sentiasa bersedia dan memajukan diri sendiri dengan menjadi lebih kreatif dalam penghasilan video,” jelas beliau ketika ditemubual media selepas membuat penutupan Bengkel Penerbitan dan Suntingan Video di Wisma Dang Bandang, pada Jumaat.

Tambah beliau, kemahiran dalam penghasilan dalam video amat penting bagi membantu pihak kerajaan menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan.

“Perubahan pada masa kini, iaitu di era di media siber ini perlu dikenalpasti oleh setiap pegawai penerangan.

“Kita seharusnya berada di hadapan, dan tidak ketinggalan dalam zaman yang sudah menjadi serba moden.

Kelihatan para peserta tekun mendengar dalam sesi pembelajaran mereka.

Kelihatan para peserta tekun mendengar dalam sesi pembelajaran mereka.

“Dengan adanya kemahiran menghasilkan video yang lebih mantap, sudah tentu dasar-dasar kerajaan lebih mudah difahami oleh masyarakat di luar sana.

“Statistik terkini turut menunjukkan bahawa penyampaian mesej melalui video lebih efektif berbanding menggunakan penulisan, teks mahupun gambar,” tambahnya lagi.

Selain itu, menurutnya terdapat pelbagai aplikasi menarik dan percuma dalam pasaran untuk digunakan bagi menghasilkan video dengan lebih mudah.

“Seperti yang sudah kita tahu, dunia kini terletak di hujung jari.

Abu memberi penerangan kepada peserta bagaimana

Abu memberi penerangan kepada peserta bagaimana

“Sebagai pegawai penerangan, kita hendaklah memanfaatkan pelbagai kelebihan dan teknologi sedia ada dalam meningkatkan kecekapan penyampaian mesej kepada masyarakat.

“Gunakanlah kelebihan tersebut untuk memasarkan dasar-dasar kerajaan dengan pantas dan lebih meluas,” ujar beliau.

Dalam bengkel yang dikendalikan oleh Juruaudio Visual Bahagian, Abu Huzaifah Abd Ghani, seramai 25 anggota JaPen diberi pendedahan dalam penghasilan video yang lebih kreatif dan mudah dengan menggunakan telefon pintar.

Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah BMS JaPen Sabah, Zamri Abdul Ghani serta pegawai-pegawai kanan BMS Jabatan Penerangan Malaysia.

-EM

Tinggalkan komen anda