Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kemakmuran Bersama Hadiah Buat Rakyat

By 30 Jun 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahrani Mohamad/Juliana Ibrahim (Kulim)

KULIM, 30 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai sekitar 21,000 pengunjung menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parti Pribumi Bersatu memberi nilai positif sokongan rakyat kepada kerajaan hari ini.

Menurut Pengerusi BERSATU Tun Mahathir Mohamad, kerajaan sangat menghargai segala pengorbanan dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat sepanjang menjadi kerajaan.

“Kerajaan akan memastikan tiada rakyat yang tertinggal contohnya mereka yang berada di luar bandar yang terlibat dalam sektor pertanian di mana kerajaan akan memperkenalkan pendekatan baharu supaya mereka akan turut dapat menikmati kemakmuran sama seperti masyarakat di bandar.

“Kerajaan akan membalas budi dengan berkongsi segala kekayaaan negara dengan memperkenalkan dasar baharu iaitu Kemakmuran Bersama”, katanya sempena sambutan tersebut di Dewan Konvesyen MBI Desaku, di sini semalam.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir.

Menurut Tun Mahathir, rakyat kini tidak lagi hidup dalam ketakutan, dan peniaga-peniaga kecil tidak lagi diugut untuk memberi sumbangan kepada kerajaan serta tiada lagi suapan untuk mengeluarkan VISA.

“Rakyat kini bebas berkerja, bersuara dan memberi teguran kepada kerajaan, dan pertama kali dalam sejarah saya adakan program Sambutan Aidilfitri dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan di luar jangkaan kami semua.

“Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia mahukan keamanan dan perpaduan di antara kaum supaya dapat berkumpul bersama-sama meraikan sebarang perayaan seperti hari ini tanpa rasa ragu-ragu lagi,” tambahnya.

Sementara itu, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata rakyat Malaysia seharusnya bersyukur dengan keamanan yang dikecapi pada hari ini apabila pilihan raya di Malaysia berlangsung dengan aman tidak seperti negara lain yang berlaku rusuhan dan menyebabkan rakyat menderita.

Kehadiran orang ramai yang membanjiri perkarangan Dewan Konvesyen MBI Desaku sambil menikmati juadah yang disajikan.

Kehadiran orang ramai yang membanjiri perkarangan Dewan Konvesyen MBI Desaku sambil menikmati juadah yang disajikan.

“Peralihan kuasa juga berlalu dengan aman tanpa sebarang rusuhan dan peperangan dan ini merupakan pencapaian yang terbaik bagi Malaysia berbanding negara-negara lain.

“Semua rakyat tanpa mengira latar belakang telah menerima keputusan dengan hati terbuka,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis yang sama.

Siti Saharah Ramli, 32, berkata majlis seumpama ini perlu diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan di sini.

“Memperkenalkan MBI Desaku yang merupakan salah satu tempat menarik yang terdapat di Kulim adalah sesuatu yang baik untuk dipromosi kepada pelancong di dalam dan luar negara kerana ia mempunyai daya tarikan pelancongan yang tersendiri,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda