Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kerajaan Persekutuan Serap RM45 juta Kos Barang

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Yaacob Hamud/Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Kerajaan persekutuan menyerap RM45 juta kos barang keperluan asas bagi keperluan rakyat negeri Sabah.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kos yang diserapkan adalah kos pengangkutan bagi tujuh barangan pengguna iaitu gula, beras, tepung, gas petroleum cecair (LPG), petrol dan diesel.

“Selain itu, kita juga telah menyediakan 66 zon bagi pelaksanaan 700 pusat jualan yang menawarkan harga barangan sama seperti di semenanjung, di negeri ini.

Shaifuddin (kiri) dan Shafie (kanan) pada kunjungan tersebut.

Shaifuddin (kiri) dan Shafie (kanan) pada kunjungan tersebut.

“Kita berharap penyediaan pusat jualan tersebut akan dapat dinikmati oleh penduduk di seluruh Sabah terutamanya di kawasan pedalaman.

“Pusat jualan berkenaan telah dilaksanakan sejak 1 April 2019 oleh kontraktor di bawah seliaan KPDNHEP,” ujarnya selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di pejabatnya, pada Khamis.

Menurut Saifuddin, kunjungan tersebut adalah bagi membincangkan isu-isu berkaitan kementeriannya.

Shaifuddin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Shafie (kanan).

Shaifuddin (kiri) menyampaikan cenderahati kepada Shafie (kanan).

“Antara perkara yang dibincangkan adalah berkenaan isu penyeludupan barangan bersubsidi seperti tong gas LPG, minyak masak dan gula ke negara jiran.

“Satu usaha untuk menangani penyeludupan telah dibincangkan bagi mengurangkan ketirisan barangan bersubsidi itu keluar negara,” jelasnya kepada media.

-EM

Tinggalkan komen anda