Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Politeknik KK Terima 864 Pelajar Baharu Sesi Jun 2019

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Politeknik Kota Kinabalu (PKK) menerima kemasukan 864 pelajar dalam pelbagai program yang ditawarkan bagi sesi Jun 2019.

Suasana semasa majlis berkenaan

Suasana semasa majlis berkenaan

Pengarahnya, Ts Zainab Othman berkata, jumlah itu melebihi jumlah yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) iaitu 805 pelajar.

“Dijangkakan akan ada lagi pertambahan pelajar sehingga tarikh tutup pada 23 Julai ini.

Suasana semasa majlis berkenaan

Suasana semasa majlis berkenaan

“Peningkatan ini menunjukkan institusi Politeknik khususnya PKK antara pilihan utama sebagai tempat melanjutkan pengajian dalam bidang kemahiran.

“Saya berharap siswa siswi baharu ini sentiasa bersiap sedia untuk menimba ilmu dan kemahiran selain pengalaman yang amat bermakna sepanjang menuntut di sini,” ujarnya.

Juru bahasa isyarat turut disediakan kepada enam pelajar baharu yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (Pendengaran).

Juru bahasa isyarat turut disediakan kepada enam pelajar baharu yang terdiri daripada Orang Kurang Upaya (Pendengaran).

Tambah beliau, PKK sentiasa memantau dalam memastikan proses pengajaran dan pembelajaran yang diamalkan sentiasa berdaya saing dan memenuhi keperluan industri.

“Selaras dengan visi PKK menjadikan institusi ini sebagai peneraju program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) yang unggul di Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa pada 2020.

Yusof (dua dari kanan) menandatangani plak sebagai gimik Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2019 PKK.

Yusof (dua dari kanan) menandatangani plak sebagai gimik Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2019 PKK.

“Banyak langkah dan inisiatif telah dilaksanakan oleh PKK seperti mendapatkan pengiktirafan akreditasi penuh dari Malaysian Qualification Agency (MQA).

“Selain itu, para pensyarah juga sentiasa digalakkan untuk mempertingkatkan kemahiran diri bagi memastikan kualiti pembelajaran dan kemahiran berada di tahap yang tinggi dengan menjalani latihan di industri bagi memastikan mereka menguasai bidang masing-masing dan mendapat maklumat kehendak industri semasa untuk dikongsi bersama pelajar,” katanya semasa menyampaikan ucapan aluan di Majlis Perasmian Penutup Minggu Suai Kenal (MSK) Pelajar Baharu Sesi Jun 2019 PKK.

Yusof (duduk, lima dari kiri) bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi Politeknik Kota Kinabalu.

Yusof (duduk, lima dari kiri) bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi Politeknik Kota Kinabalu.

Zainab turut berkongsi, kebolehpasaran graduan memperolehi pekerjaan yang sesuai selepas tempoh enam bulan tamat pengajian PKK pada Sesi Disember 2018 meningkat 96.5 peratus berbanding sasaran ditetapkan KPM pada 90 peratus.

Majlis penutup berkenaan dirasmikan oleh Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Yusof Yacob.

-EM

Tinggalkan komen anda