Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Kekalkan Integriti di Tahap Yang Tinggi, Perangi Rasuah

By 27 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Nur Effa Maruf/Azrul Azham Azmi/Vicky Matanjang (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 27 Jun (Malaysiaaktif) – Menggalas tugas sebagai seorang penjawat awam tidak semudah yang disangka kerana mereka antara golongan sering terdedah dengan risiko rasuah.

Penasihat Media Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ibrahim Abdul Rahman berkata penjawat awam perlulah meletakkan jati diri mereka dengan lebih tinggi dan kuat untuk menangkis rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

“Kita perlu melihat rasuah itu sebagai dosa kerana rasuah itu juga dianggap sebagai mengambil hak orang lain.

Ibrahim ketika menyampaikan taklimat kepada penjawat-penjawat awam mengenai integriti dan anti rasuah.

Ibrahim ketika menyampaikan taklimat kepada penjawat-penjawat awam mengenai integriti dan anti rasuah.

“Rasuah boleh menjadi ‘barah’ dan merosakkan serta memporak-perandakan negara kita.

“Manakala, perkara-perkara seperti tuntutan palsu, penyalahgunaan kuasa dan ketidakpatuhan terhadap peraturan adalah melibatkan integriti seseorang.

“Tanggungjawab menangani hal ini bukan hanya terletak kepada agensi GIACC, tetapi ia juga melibatkan semua pihak untuk bekerjasama memerangi rasuah.

“Oleh itu, setiap orang perlulah mempunyai pertahanan diri yang kukuh dalam menolak rasuah dan mengekalkan integriti masing-masing di tahap yang tertinggi,” ujarnya ketika ditemubual media selepas menyampaikan Taklimat Integriti dan Anti Rasuah Peringkat Negeri Sabah, pada Khamis.

Antara penjawat awam yang hadir, tekun mendengar taklimat yang sedang disampaikan.

Antara penjawat awam yang hadir.

Tambah beliau, tujuan program tersebut diadakan adalah bagi menjelaskan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) kepada penjawat awam terutamanya kepada anggota-anggota Jabatan Penerangan di Sabah dan agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia serta agensi persekutuan.

“Penglibatan daripada agensi-agensi berikut diharap dapat membantu untuk menggembar-gemburkan lagi mesej tentang keperluan untuk kita menanam nilai-nilai anti rasuah di kalangan masyarakat.

“Mesej-mesej tersebut boleh diterapkan dalam program-program anjuran Jabatan Penerangan berkaitan dengan isu semasa,” tambahnya lagi.

Untuk rekod, NACP telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 29 Januari lalu sebagai salah satu inisiatif kerajaan dalam merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Antara penjawat awam yang hadir, tekun mendengar taklimat yang sedang disampaikan.

Jemputan yang hadir tekun mendengar taklimat disampaikan.

Pelan khusus ini dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisiatif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus untuk tempoh lima tahun akan datang.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia, Roselindawati Abdul Rahman; Setiausaha Bahagian Komunikasi Strategik, Kementerian Komunikasi Dan Multi Media Malaysia, Datuk Almain Ajirul; Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital), Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Pengarah Penerangan Sabah, Norzawiyah Bulka.

-EM

Tinggalkan komen anda