Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

Kukuh Ikatan Perpaduan, Kekal Keharmonian Kaum

By 24 Jun 2019Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Robin Junang (Sarawak)

Kuching, 24 Jun (Malaysiaaktif) – Sambutan Gawai Raya KRT Taman Countrywood dan Taman Kota Padawan  Batu 12 Kuching dirai penuh meriah oleh masyarakat berbilang kaum seperti Iban, Melayu, Cina, Melanau dan Bidayuh. Program anjuran Kawasan Rukun Tertangga (KRT)  ini disambut sempana Hari Gawai dan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini.

Lebih kurang 150 hadir menyerikan majls yang bertempat di rumah Wilbert Kho Lek Cia,  pengerusi pengelola merangkap pengerusi KRT di kedua-dua taman perumahan tersebut. Kebanyakan mereka yang hadir mengenakan pakaian tradisional masing-masing terutama dalam kalangan Iban dan Bidayuh.

Taman perumahan ini merupakan contoh perpaduan kaum terbaik kerana berbagai kaum menunjukkan kerjasama yang erat di mana masing-masing  memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, makanan, minuman, barangan dan wang-ringgit bagi  menjayakan majlis.

Pengerusi KRT Wilbert Kho Lek Chia bergambar bersama salah seorang daripada ahli KRT yang mengenakan pakaian tradisional Iban

Pengerusi KRT Wilbert Kho Lek Chia bergambar bersama salah seorang daripada ahli KRT yang mengenakan pakaian tradisional Iban

Aktiviti seperti ini boleh menjadi contoh terbaik kepada taman-taman perumahan lain apatah lagi taman perumahan yang mempunyai Jawatankuasa Kawasan Rukun Tertangga.

Antara pengisian acara malam tersebut ialah jamuan kongsi Gawai Raya, tarian ngajat, nyanyian karaok, cabutan tiket bertuah dan mencantas gantungan ranyai sambil menari atau ngajat.

Antara ahli-ahli KRT yang hadir bersama keluarga

Antara ahli-ahli KRT yang hadir bersama keluarga

Menurut Wilbert Kho, program ini adalah untuk merai perayaan Hari Gawai Dayak dan Hari Raya Aidilfitri  yang kebetulan disambut serentak pada tahun di samping mengumpul anggota KRT kedua-dua taman ini untuk beramah mesra.

“Tujuan utama majlis ini adalah untuk merai warga Dayak dan mereka yang beragama Islam dalam satu majlis secara bersama. Ia juga untuk merapatkan hubungan silatulrahim dalam kalangan penduduk di kedua-dua taman ini”.

“Di samping itu penubuhan KRT ini adalah untuk tujuan keselamatan dalam taman, merapatkan hubungan sosial dan pembangunan komuniti agar dapat dijalankan melalui kerjasama erat dari penghuni yang berbilang kaum.

“Program ini kali pertamanya telah diadakan pada tahun 2017 dan ini adalah kali yang kedua kami adakan. Kami bercadang untuk mengadakannya setahun sekali bagi mengumpul, beramah mesra sambil berkenalan dalam kalangan penghuni di kedua-dua taman ini,” ujar beliau lagi.

Menurut Edward Edgar, kebanyakan penghuni di taman perumahan ini adalah orang luar dari kawasan Kuching atau datang dari jauh terdiri berbagai kaum dan agama.

“Hubungan mesra antara kaum adalah untuk mewujudkan perpaduan kerana penghuni di sini adalah mereka yang datangnya dari luar. Aktiviti begini seharusnya  diteruskan sebagai contoh kepada taman-taman perumahan lain sesuai dengan moto KRT; Jiran Sepakat Membawa Berkat,” tambah beliau lagi.

Beberapa ahli komuniti KRT ini berharap hubungan baik antara jiran dapat memupuk hubungan baik, nilai kerjasama, saling membantu mereka yang menghadapi kesusahan, menjamin keselamatan masyarakat dan memahami adat budaya kaum yang lain.

Tinggalkan komen anda