Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

STEM Tingkat Kemahiran Guru dan Pelajar

By 25 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Pai Syahira (Pahang)

KUANTAN, 25 Jun (Malaysiaaktif) – Pelaksanaan Kolokium Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) diperluas pada peringkat menengah dan lepasan menengah bagi melahirkan pelajar dan pekerja berkemahiran tinggi.

Kolokium STEM peringkat Kebangsaan 2019 dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Maszlee Malik dan pelaksanaan ini diharap dapat memberi maanfaat kepada guru serta pelajar dalam kerjaya bidang STEM.WhatsApp Image 2019-06-25 at 15.06.48

Beliau berkata, “Kementerian Pendidikan juga sudah mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bagi menambah peruntukan dalam pembelajaran dan  pendidikan sains.

“Berdasarkan perbincangan itu, Perdana Menteri melihat perlunya penambahan peruntukan itu bagi membolehkan kementerian memperhebatkan pembelajaran dan pendidikan sains ini,” ujar Dr. Maszlee.

Inisiatif pengukuhan STEM dilaksanakan  menerusi tiga gelombang bermula pada 2013 hingga 2025 tersenarai dalam Anjakan Keempat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) yang juga menekankan pembangunan sumber manusia.

“Jumlahnya kita akan umumkan nanti, tetapi peruntukan ini penting kerana kita mahu sasaran nisbah 60:40 Aliran Sains dan Teknikal serta Sastera tercapai,” katanya.

Menurut beliau, hanya 44 peratus pelajar di negara ini yang mengambil bidang STEM pada tahun ini berbanding 49 peratus tahun lalu, memperlihatkan penurunan kira-kira 6,000 pelajar setahun.WhatsApp Image 2019-06-25 at 15.06.55 (1)

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kolokium Pendidikan STEM Kebangsaan 2019 di Kompleks Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang.

Hadir sama Naib Canselor UMP, Profesor Dr Wan Azhar Wan Yusoff dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin siti Hamisah Tapsir.

Kolokium STEM Kebangsaan kali ke-9 diadakan sejak tahun 2017 dengan kerjasama Institut pengajian awam seluruh negara

Bertemakan ‘Curious Minds Inspire Discovery’, kolokium STEM disertai 1000 perserta terdiri daripada guru dan ibu bapa manakala seramai 600 pelajar pula menyertai pameran dan seminar.

 

-KN

Tinggalkan komen anda