Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Majlis Hari Raya Perdana, Kukuhkan Ukhuwah Kerajaan dan Rakyat

By 25 Jun 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Mohd Noor Mahmuddin Mohd Mahlil(Jeli)

JELI, 25 Jun , (Malaysiaaktif) – Lebih 50 agensi kerajaan Persekutuan, Negeri, swasta serta NGO berkaliborasi menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Aidilfitri Peringkat Daerah Jeli yang diadakan di Perkarangan Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli tengah hari tadi.

Seramai lebih 2,000 orang pengunjung menghadiri program ini yang merangkumi warga jabatan, agensi kerajaan, swasta, pemimpin masyarakat dan parti-parti politik, NGO serta orang awam.

“Objektif utama majlis ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan serta ukhuwah di antara agensi kerajaan Persekutuan, Negeri, swasta dan NGO bersama masyarakat Jeli,” ujar Ketua Jajahan Jeli, Nik Raisnan Nik Daud semasa merasmikan majlis.

Majlis yang bermula dari jam 12.00 tengah hari hingga 2.30 petang itu menyediakan 50 gerai juadah makanan daripada jabatan dan agensi kerajaan serta pihak swasta yang beroperasi di daerah Jeli.

Antara pengunjung yang hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkakat Daerah Jeli

Antara pengunjung yang hadir dalam Majlis Sambutan Hari Raya Perdana Peringkakat Daerah Jeli

Antara agensi yang terlibat ialah Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli, Majlis Daerah Jeli, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bomba , Hospital, Pejabat Kesihatan, RISDA, Pejabat Penerangan, KESEDAR, Politeknik Jeli, Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli, institusi-institusi kewangan serta lainnya.

Selain daripada jamuan hari raya dan majlis ramah mesra, majlis turut disajikan dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis seni budaya tempatan serta pertandingan gerai hiasan tercantik.

Nik Raisnan turut menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir selain menyampaikan hadiah bagi beberapa acara pertandingan sepanjang majlis berlangsung.

Sumbangan hamper juga disampaikan kepada agensi yang terlibat dalam menjayakan sambutan Hari Raya Perdana Peringkat Daerah Jeli 2019.

-NAZ

Tinggalkan komen anda