Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

700 Pencari Kerja Serbu Karnival Kerjaya JobsMalaysia di Perlis

By 8 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat (Perlis)

KANGAR, 8 Jul (Malaysiaktif) – Lebih daripada 700 orang pencari kerja hadir mencuba nasib di Karnival Kerjaya JobsMalaysia 2019 yang bertempat di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Kangar, Sabtu lalu.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Tenaga Kerja Negeri Perlis, terdapat 12 majikan yang menawarkan 410 jawatan kosong terdiri daripada 132 jawatan untuk kelayakan siswazah dan 278 peluang pekerjaan kepada bukan siswazah.

Menurut urusetia program Aisham Yaakob, lebih daripada 30 orang kelainan upaya (OKU) telah menghadiri seminar ini yang bertujuan membantu mereka mendapatkan pekerjaan dan juga persediaan mereka ke alam pekerjaan.

“Kami membimbing OKU untuk penghasilan resume berkesan dan memberikan mereka tunjuk ajar etika dan teknik cara-cara untuk menghadiri temuduga,” katanya ketika ditemui pemberita.

Karnival Kerjaya JobsMalaysia 2019 anjuran Kementerian Sumber Manusia menerusi Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JobsMalaysia) telah diadakan serentak di seluruh negara.

Bersempena program tersebut, turut diadakan Seminar Kerjaya untuk Orang Kurang Upaya (OKU) yang dianjurkan oleh pihak Jabatakan Kebajikan Masarakat dan JobsMalaysia.

-SH

Tinggalkan komen anda