Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Kampungku Sihat Inisiatif KKM Perangi NCD

By 8 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan (Port Dickson)

PORT DICKSON, 8 Jul (Malaysiaaktif) – Penyakit Tidak Berjangkit ataupun dikenali sebagai NCD (Non Communicable Disease) di Malaysia berada pada tahap yang membimbangkan.

“Di Negeri Sembilan, statistik NCD menunjukkan penyakit diabetes dalam kalangan dewasa meningkat dari 15.3% pada tahun 2006 kepada 19.3% pada tahun 2015. Manakala, golongan dewasa menghidap hipertensi pula kekal sekitar 30% dari tahun 2006 hingga tahun 2015.

Pelepasan anggota dan pelatih KKM bagi Program Kampungku Sihat Peringkat Port Dickson.

Pelepasan anggota dan pelatih KKM bagi Program Kampungku Sihat Peringkat Port Dickson.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, melihat kepada data yang membimbangkan ini, Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson telah meningkatkan program saringan dan kempen kesedaran komuniti melalui Program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN).

Katanya, Kampungku Sihat adalah inisiatif terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam usaha memerangi peningkatan jumlah NCD dalam kalangan masyarakat. Program ini merupakan gabungan program pengupayaan komuniti daripada aspek kesihatan yang dilaksanakan seperti KOSPEN dan Communication for Behavioral Impact (COMBI).

“Sempena pelancaran Kampungku Sihat peringkat Parlimen Port Dickson, KKM membawa pelatih dari Institut Latihan KKM dan anggota KKM di bawah seliaan Pejabat Kesihatan Port Dickson untuk mengadakan saringan kesihatan asas dari rumah ke rumah.

Tambahnya lagi, khidmat yang diberikan dalam sesi lawatan rumah ke rumah ini adalah saringan hipertensi dan diabetes serta khidmat nasihat berkaitan kesihatan persekitaran kediaman.

“Kampungku Sihat telah mendapat perhatian bila mana dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Jun yang lalu. Sehubungan itu, KKM dalam pelan tindakan mewujudkan Pertandingan Kampungku Sihat KKM di seluruh negara pada tahun 2020.

“Menjadi harapan KKM agar warga Port Dickson seterusnya rakyat Malaysia supaya mereka yang berisiko menghidap penyakit NCD dikenalpasti dan dirujuk ke fasiliti kesihatan KKM. Pengesanan awal pastinya menyedarkan kita akan betapa pentingnya mengamalkan gaya hidup sihat.”

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kes Irfan Wafiy Idham Wazir, beliau berkata sehingga kini belum dapat dipastikan lagi sama ada kes ini mempunyai kaitan dengan pencemaran toksik di Sungai Kim Kim atau sebaliknya.

Antara hadirin yang hadir.

Antara hadirin yang hadir.

“Myokymia yang dihidapi oleh Irfan Wafiy tidak semestinya berpunca daripada bahan kimia kerana ada banyak kemungkinan lain kepada punca penyakit ini. Pihaknya akan berjumpa dengan keluarga Irfan Wafiy dan memberikan penjelasan yang lebih terperinci.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas merasmikan Program Kampungku Sihat Peringkat Parlimen Port Dickson di Pantai Saujana di sini Sabtu lalu.

Hadir sama, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tinggalkan komen anda