Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Amalan Rumah Terbuka Perkukuh Ikatan Warga Kesihatan

By 2 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Zaidi Jamin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Sambutan dan amalan rumah terbuka bukan sahaja ruang terbaik memupuk interaksi antara kakitangan malah membuka ruang ke arah meningkatkan pengetahuan tentang perkembangan semasa dan mengaitkannya dengan dasar jabatan dan organisasi.

Dr. William (ke empat kanan) bersama-sama ahli jawatankuasa PERKIPS dan Timbalan Pengarah merakamkan foto bersama seterusnya memeriahkan majlis rumah terbuka Aidil Fitri HQE.

Dr. William (empat dari kanan) bersama-sama ahli jawatankuasa PERKIPS dan Timbalan Pengarah merakamkan foto bersama seterusnya memeriahkan majlis rumah terbuka Aidil Fitri HQE.

Pengarah Hospital Queen Elizabeth (HQE) Dr. William Gotulis berkata, amalan berhimpun yang dihadiri bersama seluruh kakitangan daripada pelbagai peringkat perkhidmatan meliputi kumpulan klinikal dan pengurusan di majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri memberi banyak manfaat kepada organisasi.

“Amalan berhimpun bagi meraikan majlis @jamuan Hari Raya Aidilfitri bukan sahaja membolehkan kita menikmati pelbagai juadah namun lebih penting dapat berinteraksi dan memupuk ikatan kekeluargaan antara kakitangan.

Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yoge (kedua kiri) turut hadir memeriahkan suasana majlis.

Timbalan Pengarah Klinikal 1, Dr. Yoge (kedua kiri) turut hadir memeriahkan suasana majlis.

“Kita yakin ruang berhimpun, bermesra dan kenal mengenal pada majlis-majlis perayaan adalah pendekatan yang strategik dan berkesan bagi memastikan peningkatan mutu penyampaian dan perkhidmatan sentiasa berada di landasan sepatutnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1440 H/2019 Peringkat HQE anjuran Persatuan Kebajikan Islam Perubatan Sabah (PERKIPS) bertempat di Bangunan Menara Berkembar HQE, pada Selasa.

Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri HQE membentuk ikatan persefahaman kalangan warga perubatan dan kesihatan.

Sambutan Rumah Terbuka Aidil Fitri HQE membentuk ikatan persefahaman kalangan warga perubatan dan kesihatan.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap anggota tanpa mengira fahaman agama, suku kaum dan kepercayaan akan terus menjadikan sambutan rumah terbuka sebagai landasan persefahaman dan keharmonian seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan profesion perawatan, perubatan dan kesihatan yang diamanahkan.

Beliau turut menggalakkan anggota agar merebut peluang untuk saling mengenali, bermesra dan menikmati juadah namun masih berpegang kepada amalan pemakanan seimbang kerana mutu kesihatan diri membolehkan mereka kekal cergas dan mampu berkhidmat dengan lebih efisien di jabatan dan organisasi masing-masing.

Sebahagian anggota pentadbiran hospital turut sama memeriahkan rumah terbuka aidil fitri HQE.

Sebahagian anggota pentadbiran hospital turut sama memeriahkan rumah terbuka aidil fitri HQE.

Hampir seluruh anggota hospital meliputi bahagian klinikal, sokongan klinikal dan pengurusan hadir memeriahkan program tersebut.

Hadir sama Pengerusi PERKIPS, Dr. ShahIskandar Sybil Syah, Timbalan-timbalan Pengarah Bahagian Klinikal dan Pengurusan serta Ketua-ketua Jabatan peringkat hospital.

-EM

Tinggalkan komen anda