
Laporan/foto: Noor Suraya bt Zainal (Daerah Barat Daya)
TELUK BAHANG, 24 Jul (Malaysiaaktif) – Bertempat di dewan Hotel Sporfishing ,Program Baucar Bantuan Nelayan Pesisir Pantai telah diadakan. Program ini merupakan sebahagian inisiatif yang di perkenal kan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada bulan Disember 2017 sebagai satu kaedah untuk membantu nelayan pesisir pantai.
Program ini telah di rasmikan oleh YB Zolkifli Bin Md Lazim Adun Teluk bahang. Menurut beliau, bantuan ini juga telah membuktikan usaha Kerajaan Negeri untuk membantu golongan nelayan khususnya nelayan pesisir pantai.
Selain itu, ianya turut dapat membantu golongan nelayan ini meningkatkan hasil tangkapan selain dari menambah sumber pendapatan mereka.
Bantuan ini juga selari dengan wawasan Penang 2030 yang bertujuan “Upgrade the economy to raise household income” ujarnya lagi.
Mohd Yusoff Hamid, 58, ketika ditanya, bersyukur dengan bantuan yang akan diterima ini dan boleh meringankan sedikit beban yang ditanggung.
-II-