
Laporan/foto: Nurul Wahida Mohamad Noor (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 21 Jul (Malaysiaaktif) – Program Fit Malaysia 2019 Edisi Pulau Pinang melepasi sasaran dengan kehadiran 25,000 orang peserta yang diadakan di Mini Stadium MPSP Jalan Betek. Selama 2 hari program ini berlangsung bermula dari 20 hingga 21 Julai 2019 dan pelbagai aktiviti menarik telah diadakan dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Program yang menjadi tumpuan ialah ‘Fun Run’ 5 KM dan juga ‘Fun Ride’ 30 KM yang berjaya menarik minat seramai 15,774 orang peserta di mana ia meliputi kawasan perumahan dan sekitar Pekan Bukit Mertajam.
Antara acara yang turut diadakan ialah aerobik fiesta, renang, bola keranjang, e-games, kabadi, zumba, ‘freestyle footballer’, ‘body combat’, silat, muay thai, cabutan nombor bertuah dan pameran dari Persatuan, dan agensi Kerajaan yang terlibat.
Program ini amat bersesuaian agar dapat melahirkan masyarakat yang cergas dan aktif dalam memantapkan komuniti sebagai nadi dan tunggak pembentukan modal insan serta dapat melahirkan generasi yang berkualiti.
Nur Akasha Md Zaki, 27, berkata “Masyarakat mula sedar akan kepentingan menitik beratkan faktor kesihatan di mana kebanyakkan acara mendapat sambutan yang baik.” Beliau yang juga merupakan peminat tegar ‘Fun Run’ tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai lagi untuk melengkapkan koleksi pingat dalam simpanannya .
Program telah dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abd Rahman, Menteri Belia dan Sukan, dan turut bersama YB Steven Sim Chee Keong, Timbalan Menteri Belia dan Sukan dan barisan tetamu kehormat yang lain.
-II-