
Foto: Ihsan Bernama
PUTRAJAYA, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa rakyat Malaysia agar menjadikan Tahun Melawat Malaysia 2020 sebagai misi nasional dengan bercerita dan berkongsi mengenai kecantikan, keamanan dan keindahan negara ini.
Beliau berkata setiap orang ada peranan yang perlu dimainkan untuk kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di mana kerajaan akan memastikan kempen itu akan menjadi pemangkin untuk mencapai sasaran-sasaran yang telah ditetapkan bawah Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia.
“Keramah-tamahan kita bukan sekadar satu slogan tetapi diterjemahkan sebagai sifat semula jadi dan budaya rakyat negara kita.
“Keindahan sesuatu tempat itu akan menarik orang untuk datang tetapi keramah-tamahan penduduknya akan membuat orang tinggal lama dan datang semula,”
Pada majlis yang sama Perdana Menteri menyempurnakan pelancaran logo baharu kempen Melawat Malaysia (VM) 2020.
Logo itu menampilkan pelbagai ikon Malaysia yang dikenal biasa seperti burung kenyalang, bunga raya, pakis liar dan warna-warna jalur gemilang.
Ciptaan Alfred Phua Hong Fook, pereka grafik berusia 23 tahun dari Melaka, logo itu melambangkan kepelbagaian budaya, warisan, flora dan fauna Malaysia di samping pengalaman yang ditawarkan sebagai sebuah destinasi percutian.
Logo beliau dipilih daripada beratus-ratus penyertaan diterima dari seluruh negara semasa tempoh pertandingan awal tahun ini.
Logo baharu itu menggantikan yang terdahulu dilancarkan di Chiang Mai, Thailand oleh bekas menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bersempena Forum Pelancongan ASEAN tahun lepas.
katanya pada pelancaran Logo Kempen Tahun Melawat Malaysia 2020 di Lapangangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini.
–BERNAMA