Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

185 Pasangan Mendapat Manfaat Program Pernikahan Perdana Saudara Muslim

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

MELAKA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Majlis Pernikahan dan Persandingan Perdana Saudara Muslim Negeri Melaka adalah acara rasmi setiap tahun yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Menurut Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka,  Azman Aziz, melalui Bahagian Balai Islam, Pusat Perkhimatan dan Bimbingan Saudara Muslim Negeri Melaka, seramai 185 pasangan telah berjaya dinikahkan sejak tahun 2005.

Majlis Pernikahan Saudara Muslim.

Majlis Pernikahan Saudara Muslim.

“Majlis Pernikahan dan Persandingan Perdana Saudara Muslim yang berlangsung hari ini (semalam)  bertempat di Masjid Cina Melaka membawa erti Islam itu sebagai agama Rahmatan Lil Alamin, membawa masej muhibah dan mempromosikan kepelbagaian budaya dan kaum yang terdapat di negara kita.

“Hari ini kita dapat lihat pelbagai bangsa dan agama yang hadir meraikan pasangan pengantin dan hubungan kekeluargaan terus terjalin walaupun berbeza fahaman agama. Ini juga salah satu usaha dakwah kepada masyarakat bukan Islam untuk melihat keindahan agama Islam itu sendiri,” ujar Azman.

Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Mohd Leow Abdullah berkata dengan adanya majlis seperti ini sudah tentu dapat mengurangkan kos perbelanjaan kepada pasangan pengantin.

“Selain itu kos pendaftaran nikah juga dikecualikan serta sumbangan sagu hati sebanyak RM800 juga diberi kepada setiap pasangan pengantin.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Azman Aziz menyampaikan sumbangan kepada pasangan saudara muslim.

Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka, Azman Aziz menyampaikan sumbangan kepada pasangan saudara muslim.

“Dalam pada itu, pelbagai program meningkatkan kefahaman saudara muslim telah dianjurkan secara berterusan seperti kelas Fardu Ain, mengaji Al-Quran,  Bengkel Smart Solat,  Bengkel Pemantapan Sahsiah, Bengkel Street Dakwah dan banyak lagi.

“Dari segi bantuan kepada saudara muslim, antaranya bantuan persiapan persekolahan, bantuan pendidikan, bantuan bulanan, bantuan perayaan dan menunaikan umrah kepada mualaf yang terpilih melalui sesi temuduga,”jelasnya.

Tinggalkan komen anda