Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Lawatan Diraja Meriahkan Durian Agro Tourism Fest Bandar Baharu

By 22 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Hasmah Hanafi/Bashsyar Abdullah (Putrajaya)

BANDAR BAHARU, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bersama-sama Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff berkenan mencemar duli ke Karnival Durian Agro Tourism Fest 2019 Peringkat Negeri Kedah.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir, menyifatkan program ini sebagai inisiatif kerajaan negeri dalam mempromosikan Daerah Bandar Baharu sebagai satu tarikan pelancongan di negeri ini, terutamanya bagi pengemar durian.

“Daerah Bandar Baharu mempunyai potensi yang amat besar dalam sektor pelancongan dan pertanian, dengan penganjuran karnival ini membuktikan Bandar Baharu kaya dengan hasil pertanian, bukan saja durian malah pelbagai keluaran agro yang lain,” katanya yang ditemui sempena program, di sini semalam.

Turut berangkat hadir, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah Zaheeda Mohamad Ariff.

Karnival empat hari yang berakhir semalam itu turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya jualan mega durian pelbagai jenis, jualan buah-buahan tempatan, pameran dari jabatan-jabatan kerajaan dan swasta, Forum Perdana Ehwal Islam serta persembahan artis turut disajikan kepada pengunjung.

Tuanku Sultan turut berkenan menanam sepohon anak pokok durian duri hitam sebagai tanda Daerah Bandar Baharu sebagai daerah durian.

-SH

Tinggalkan komen anda