Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kehadiran Pelancong ke Melaka Meningkat 700 Ribu Suku Tahun Pertama 2019

By 29 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: M Zakry Chan (Melaka)

SUNGAI UDANG,  29 Jul (Malaysiaaktif ) – “Negeri Melaka telah mencapai kehadiran seramai 4.79 juta pelancong bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 4.07 juta pelancong bagi tempoh yang sama tahun 2018,” ujar Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani, Norhizam Hasan Baktee, ketika merasmikan Melaka Fruit Fiesta 2019, Sabtu lalu.

Norhizam Hasan Baktee menunjukkan Durian Lima Jari kepada Media.

Norhizam Hasan Baktee menunjukkan Durian Lima Jari kepada Media.

Katanya lagi, “Acara ini adalah salah satu daripada program besar yang terdapat dalam kalender acara sempena Tahun Melawat Melaka dengan sasaran kedatangan pelancong seramai 20 juta orang, dengan pelaksanaan pelbagai acara besar secara langsung dapat menarik kedatangan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Usaha gigih Melaka Tropical Fruit Farm dan Bahagian Promosi Pelancongan sudah pasti akan menjadikan sektor pelancongan agro lebih dinamik, inovatif, dan menyumbang secara positif kepada ekonomi negeri,” ujar Norhizam.

Peminat Durian, Suhaimi Muhammad, 38, berkata program sentiasa dinantikan setiap tahun dan sebagai peminat durian sudah pasti akan ke sini menikmati durian dengan harga berpatutan.

“Saya tertarik dengan durian ‘lima jari’ yang agak besar dan ada yang beratnya hampir 6 kilogram sebiji, walaupun mempunyai isi yang tebal dan biji yang keset namun rasanya kurang berbanding musang king dan  klon D24 atau D101. Walau bagaimanapun dengan harga sekilo RM12, nampak memang berbaloi.

“Selain itu buah yang saya cari hari ni ialah buah ‘tarap’, buah ni sukar untuk dicari kerana spesis buah hutan, tapi disini ada yang menjualnya, terima kasih kepada FAMA kerana mengimport buah ini dari Sabah semata-mata untuk orang Melaka,”ujar Suhaimi.

Program Melaka Fruit Fiesta 2019 yang berlangsung selama tiga hari ini telah berakhir semalam.

Media juga tidak melepaskan peluang menikmati durian lima jari yang disajikan.

Media juga tidak melepaskan peluang menikmati durian lima jari yang disajikan.

-KN

Tinggalkan komen anda