Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Limau Bali Identiti Tambun

By 29 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Sarah Nur Saad (Kinta)

TAMBUN, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Limau bali Tambun merupakan identiti utama Daerah Kinta.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, di negeri Perak hanya di kawasan Tambun sahaja dapat memberikan sumber bekalan limau bali yang terbaik.

“Saya berasa bangga kerana hari ini orang datang dari luar negeri dan negara ke Tambun untuk merasa sendiri keenakan buah limau bali ini,” katanya ketika menghadiri majlis beramah mesra bersama Persatuan Pekebun Buah Limau Bali Tambun dan Buah-Buahan Tempatan Tambun, di sini semalam.

Faizal dalam ucapannya berhasrat untuk menjadikan Tambun sebagai pusat mencucuk tanam limau bali terbaik sehingga dapat dinikmati oleh rakyat di seluruh dunia.

“Kerajaan negeri berhasrat agar tanah-tanah kerajaan yang telah diterokai oleh pekebun limau bali dapat diusahakan namun mengikut garis panduan yang telah diberikan oleh kerajaan negeri.

“Saya berhasrat untuk meluluskan sebidang tanah yang luas kepada salah satu perbadanan di negeri ini iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak,” katanya lagi.

Tambah Faizal, cadangan ini sangat sesuai dilaksanakan bagi memastikan Tambun sebagai tempat pengeluaran limau bali dapat dijalankan dengan berjaya secara berkoordinasi dan terkawal melalui sistem audit yang teratur.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan (ADUN) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

-SH

Tinggalkan komen anda