Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Lawatan Kerja KSN Ke Kolej Komuniti Kepala Batas

By 29 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salawati Mat Shariff (Seberang Perai Utara)

KEPALA BATAS, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) menerima Lawatan Kerja Datuk Seri Ismail Haji Bakar, Ketua Setiausaha Negara (KSN) semalam.

Pertemuan ini merupakan platform bagi mendedahkan peranan Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai peneraju institusi TVET negara. Kolej Komuniti sebagai sebuah institusi TVET perlu bergerak seiring dengan industri bagi memastikan kurikulum yang ditawarkan tidak ketinggalan berbanding teknologi yang digunakan di luar sana, dalam usaha untuk melahirkan modal insan berkemahiran tinggi yang mampu mendepani cabaran 4.0.

Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik telah mendapat pengiktirafan dari Institute of Motor Industry (UK) sejak tahun 2014 sebagai Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik yang bertauliah dan merupakan satu-satunya institusi yang diiktiraf untuk mentauliahkan Sijil Hibrid kepada peserta kursus Hibrid di rantau Asia Tenggara. Taklimat kepada KSN tentang prosedur keselamatan dalam menyelenggaraan kenderaan hibrid dan elektrik telah disampaikan oleh Center Coordinator, Suhaimi.

Lawatan bengkel masakan oleh KSN

Lawatan bengkel masakan oleh KSN

Dr. Naim Yaakob, Timbalan Ketua  Pengarah (Perancangan) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam ucapannya berkata “Kolej Komuniti adalah satu institusi yang menyediakan ruang dan peluang kepada pelajar-pelajar tidak layak melanjutkan pelajaran ke IPTA. Mereka ini mempunyai kelebihan lain iaitu kemahiran tangan yang boleh menghasilkan produk atau perkhidmatan kepada masyarakat.”

Sidang media bersama KSN

Sidang media bersama KSN

Antara contoh, Mohd Rodhi Muftar, 27, bekas pelatih Kursus Automotif KKKB tahun 2013 kini telah mempunyai sebuah bengkel motosikal dan beliau berasa amat bertuah dapat mengikuti kursus yang ditawarkan oleh KKKB hingga berjaya merubah kehidupannya kepada tahap yang lebih baik.

Turut hadir Dato Dr Muhammad Farazi Johan, Pengarah Unit Penyelerasan dan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Haji Mohd Ruzi Hamzah, Pengarah Kolej Komuniti Kepala Batas.

-II-

Tinggalkan komen anda