Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Program Bersama Rakyat Salur Maklumat, Bantuan Kepada Orang Awam

By 29 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Hamizah Yusoff/ Volintine Jiloh (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Program Bersama Rakyat anjuran Parlimen P.172 Kota Kinabalu yang dijalankan di perkarangan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dilihat dapat mendekati rakyat dengan memberikan maklumat serta bantuan dari pihak kerajaan secara percuma.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tan Lee Fatt berkata, program yang dijalankan dapat memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan informasi lengkap serta membuat permohonan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan.

Orang ramai mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan Jabatan Kesejahteraan Masyarakat.

Orang ramai mendapatkan khidmat nasihat daripada kakitangan Jabatan Kesejahteraan Masyarakat.

“Kita dapat lihat pengetahuan rakyat mengenai bantuan-bantuan yang disediakan oleh kerajaan masih berada di tahap yang rendah.

“Oleh itu, program yang kita jalankan pada hari ini bertujuan memberitahu kepada rakyat mengenai bantuan-bantuan yang boleh dipohon oleh mereka.

Tan Lee Fatt.

Tan Lee Fatt.

“Kaunter-kaunter bantuan yang dibuka seperti e-Kasih, mySalam, Bantuan Sara Hidup (BSH), dan sebagainya dapat memberi peluang kepada rakyat terutamanya golongan B40 untuk menerima bantuan yang sewajarnya bagi meringankan beban mereka,”ujarnya kepada media.

Mohd Faizal.

Mohd Faizal.

Salah seorang pengunjung, Mohd Faizal Abdullah, 42, menyatakan bahawa program berkenaan dapat memberikan banyak manfaat kepada rakyat.

“Program ini memberikan kemudahan kepada saya kerana tidak perlu lagi untuk pergi ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membuat rayuan dan hanya membuat permohonan rayuan tersebut di kaunter BSH yang telah disediakan di sini.

Pegawai kesihatan melakukan ujian darah kepada orang awam.

Pegawai kesihatan melakukan ujian darah kepada orang awam.

“Program sebegini sememangnya sangat memberikan manfaat kepada rakyat dan saya berharap agar pihak kerajaan akan sentiasa mengadakan program-program sebegini untuk memudahkan rakyat mendapatkan maklumat, memohon bantuan serta mendapatkan perkhidmatan kerajaan secara percuma,” katanya.

Sebanyak 14 jabatan dan agensi kerajaan menyertai program berkenaan dalam usaha menyampaikan dasar-dasar negara kepada rakyat.

Ronnie (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada kakitangan DBKK

Ronnie (dua dari kanan) mendengar penerangan daripada kakitangan DBKK

Antara aktiviti lain yang diadakan dalam program ini adalah taklimat dari agensi-agensi kerajaan, aktiviti derma darah dan pemeriksaan gigi secara percuma.

Hadir sama dalam program tersebut adalah Menteri Belia dan Sukan Sabah, Phoong Jin Zhe, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, ADUN Dilantik, Ronnie Loh dan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

ER

Tinggalkan komen anda