
Laporan/foto: Muhammad Zaini Dollah / Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)
NIBONG TEBAL, 17 Julai (Malaysiaaktif) – Akademi Bola sepak Wira Muda dengan kerjasama Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Nibong Tebal telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak Piala Dato’ Mansor Othman bertempat di Institut Latihan Kecemerlangan Mara(ILKM) Jawi,Pulau Pinang baru- baru ini, di sini.
Kejohanan berkenaan menawarkan hadiah wang tunai RM1500 kepada juara, RM800 untuk naib juara manakala tempat ketiga bakal menerima RM500 beserta Piala Iringan, Medal dan sijil. Sebanyak 4 kategori di pertandingan iaitu kategori U8,U10,U12 dan U15.
Urusetia Kejohanan Shaik Awish berkata, Kejohanan pada kali ini mendapat sambutan amat menggalakan dan pasukan yang bertanding merebut kejuaraan juga turut mempamerkan aksi permainan berkualiti.
“Kita berharap bakat-bakat muda ini akan menyerlah di persada bola sepak negara malah antara bangsa,” katanya.
Menurut Pegawai Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Suhaimi Mansor berkata, “Kejohanan ini merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat pemain bola sepak yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi”.
Di samping itu, kejohanan ini juga selaras dengan hasrat Dato’ Mansor yang ingin melihat Pulau Pinang khususnya anak Muda Nibong Tebal konsisten melahirkan pemain berbakat di peringkat akar umbi, katanya lagi.
Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Pegawai Khas Ahli Parlimen Nibong Tebal, Suhaimi Mansor.