Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

“Jaga Imej Negara,” Titah Sultan Terengganu

By 17 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Kuala Terengganu)

KUALA NERUS, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mengingatkan jemaah haji supaya menjaga imej negara dengan menjauhi anasir tidak sihat ketika mengerjakan ibadat haji.

Baginda bertitah, mereka juga perlu mematuhi dan menghormati undang undang yang ditetapkan oleh Kerajaan Arab Saudi agar tidak menjejaskan hubungan baik negara dengan Arab Saudi.

“Beta meminta semua jemaah haji mengambil berat serta menjaga kesihatan dan kebersihan diri semasa di Tanah Suci,” titah baginda ketika merasmikan Majlis Penyempurnaan Pelepasan Jemaah Haji ke Tanah Suci Musim Haji 1440H/2019M, di sini semalam.

Sultan Mizan Zainal Abidin (kiri) bersalaman dengan jemaah haji pada Majlis Penyempurnaan Pelepasan Jemaah Haji Ke Tanah Suci Musim Haji 1440H/2019M.

Sultan Mizan Zainal Abidin (kiri) bersalaman dengan jemaah haji pada Majlis Penyempurnaan Pelepasan Jemaah Haji Ke Tanah Suci Musim Haji 1440H/2019M.

Sultan Mizan turut bertitah, bakal haji yang terpilih menjadi tetamu Allah pada kali ini seharusnya bersyukur dan memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat.

“Dengan ilmu dan panduan yang dipelajari sebelum ke Tanah Suci, adalah diharapkan jemaah haji mendapat haji yang mabrur,” titah baginda lagi.

Sementara itu, bakal haji Rohimah Abdul Ghani, 45, dari Kampung Mengabang Telipot melahirkan rasa kesyukuran kepada Allah SWT kerana terpilih untuk mengerjakan ibadat haji pada kali ini.

“Ini adalah tawaran kali ketiga diterima daripada Tabung Haji untuk mengerjakan haji iaitu pada kali pertama pada tahun 2005 dan beliau menolak kerana tarikh mengerjakan haji tersebut jatuh pada hari perkahwinannya.

Petugas Operasi Haji (kanan) membantu jemaah haji sebelum menaiki bas ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

Petugas Operasi Haji (kanan) membantu jemaah haji sebelum menaiki bas ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Nerus.

“Pada tahun 2015, sekali lagi saya mendapat tawaran untuk mengerjakan haji tetapi tidak dapat menerima tawaran itu kerana masih belum bersedia dan Allhamdullilah tawaran kali ketiga saya terima dengan rasa syukur,” ujar penjawat awam ini.

Pesara Tenaga Nasional Berhad, Md.Ariffin Embong, 63, dari Kampung Bukit Tunggal, gembira kerana dapat mengerjakan ibadat haji pada kali ini.

“Saya yang pergi bersama isteri, Kamisah Omar, 58, melahirkan rasa syukur kerana hajat untuk ke Tanah Suci tercapai dan berbangga kerana pemergian ke Tanah Suci ini diraikan oleh Sultan Terengganu,” katanya.

Seramai 150 daripada bakal haji bagi penerbangan pertama dari Terengganu berlepas ke Tanah Suci semalam, dengan jumlah keseluruhan bakal haji bagi negeri Terengganu tahun ini ialah seramai 1,350 orang.

-SH

Tinggalkan komen anda