Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeJohor

FAMA Optimis Capai Sasaran Jualan RM10 Juta di Singapura

By 17 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Nazirah Ripin/Nor Adilah (Johor Bahru)

SINGAPURA, 17 Jul (Malaysiaaktif) – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan jualan sebanyak RM10 juta pada Festival Malaysia 2019 yang bakal berlangsung selama empat hari bermula 25 hingga 28 Julai depan.

FAMA sentiasa komited dalam memasarkan produk tempatan ke luar negara dan usaha sebegini merupakan langkah yang baik sebagai permulaan sebelum menapak lebih jauh dalam pasaran global

Menurut Pengerusi FAMA Ishak Ismail, kira-kira 90,000 pelawat dijangka mengunjungi festival tersebut yang bakal diadakan di Dewan 6A, Singapore Expo, di sini.

“Walaupun hanya terdapat 223 gerai yang dibuka tahun ini berbanding 255 gerai pada 2018 namun FAMA optimis untuk mencapai sasaran jualan yang ditetapkan, dengan lebih banyak produk akan diketengahkan termasuk produk kesihatan industri AgroMas dan berasaskan pertanian serta produk baharu untuk memacu jualan.

“Melihat trend peningkatan jualan tahun lepas, kami percaya FAMA boleh mencapai jualan lebih tinggi sebanyak RM10 juta untuk festival berkenaan tahun ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pra pelancaran festival tersebut, di sini semalam.

Selain itu, pengunjung turut berpeluang mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan eksotik dari Sabah dan Sarawak seperti tarap dan longan kristal serta produk Kanchong Darat Coffee (KDC) sepanjang festival ini berlangsung.

-SH

Tinggalkan komen anda