Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Program Sivik Jiwa Murni ‘Jambatan’ Orang Asli dan Kerajaan

By 19 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Pelapor/foto: Md Sazali Ab Hamid (Pengkalan Hulu)

PENGKALAN HULU, 19 Jul (Malaysiaaktif) – Program Sivik Jiwa Murni kelolaan Jabatan Penerangan (JaPen) terus menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan Orang Asli, di sini.

Menurut Tok Batin Kampung Bukit Asu Halipong Saad, penganjuran itu memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli mengetahui peranan dan tugas-tugas agensi kerajaan yang ada di daerah ini.

“Program ini memudahkan kami untuk mengetahui jabatan mana yang perlu kami rujuk jika ada urusan tertentu yang perlu diselesaikan selain bantuan-bantuan yang boleh diperolehi daripada agensi berkaitan,”

“Saya berharap program seperti ini diteruskan dengan lebih kerap kerana masyarakat Orang Asli amat memerlukan perhatian dari kerajaan,” ujar Orang Asli suku Kintak ini ketika ditemui pada program berkenaan, di sini semalam.

Pegawai Penerangan Daerah Pengkalan Hulu, Wan Mohd Zuki Wan Ismail melayani kanak-kanak Orang Asli di sini.

Pegawai Penerangan Daerah Pengkalan Hulu, Wan Mohd Zuki Wan Ismail melayani kanak-kanak Orang Asli di sini.

Sementara itu, Pengurus Rahman Hydraulic Tin Sdn. Bhd. Madzlan Zam, berkata pihak syarikatnya berbesar hati kerana dapat turut serta dalam program ini sebagai rakan strategik kepada agensi kerajaan di daerah ini.

“Kami menyedari perlunya menjaga kebajikan masyarakat di sekeliling kawasan perlombongan syarikat ini dan berjanji akan terus memberi komitmen dalam membantu mereka dari segi penjagaan alam sekitar dan beberapa bentuk bantuan lain yang boleh diberikan,” jelasnya lagi.

Madzlan menganggap usaha syarikat itu sebagai tanggungjawab sosial syarikat tersebut dalam menjaga kebajikan masyarakat di sini.

-SH

Tinggalkan komen anda