Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPulau Pinang

Simulasi Pilihanraya Buka Minda Bakal Pengundi

By 7 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto : Halimah Abdul Ghani (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 7 Julai (Malaysiaaktif) – Pendedahan awal proses pengundian yang dilaksanakan di Malaysia dapat melahirkan bakal-bakal pengundi yang matang mengenai sistem demokrasi negera. Selaras dengan itu pelajar SMK Bukit Mertajam baru-baru ini telah didedahkan dengan proses pengundian yang dilaksanakan di Malaysia iaitu Simulasi Pilihanraya anjuran Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Tengah dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya Pulau Pinang.

Program Ini diadakan kerana masa depan negara akan ditentukan oleh tangan-tangan mereka sebagai pengundi pada masa akan datang. manakala kerajaan juga dalam cadangan untuk menurunkan had umur pengundi iaitu pada usia 21 tahun kepada 18 tahun. Ini bermakna, Setahun selepas menduduki peperiksaan SPM mereka telah layak untuk mengundi. Sememangnya pendedahan sebegini wajar dan merupakan satu usaha yang baik dan memberi impak positif.

Menurut adik Eddy Saputra, pelajar tingkatan empat, beliau merasa amat bertuah kerana dipilih untuk menyertai program Amalan Demokrasi Berparlimen pada hari ini. Beliau juga turut menyatakan bahawa program ini menambahkan lagi pengetahuan beliau tentang bagaimana proses membuang undi berjalan dan ini akan berguna kepada beliau dan rakan-rakan kerana ianya terkandung dalam silibus matapelajaran tingkatan lima nanti.

Simulasi pilihanraya sedang berjalan, petugas sedang menyemak nama pengundi

Simulasi pilihanraya sedang berjalan, petugas sedang menyemak nama pengundi

Pengetua SMK Bukit Mertajam Samsiah binti Omar, ketika ditemui merakamkan mengucapkan terima kasih atas usaha Jabatan Penerangan serta Suruhanjaya Pilihan Raya hadir ke sekolah dan memberikan pendedahan sebegini kepada para pelajar yang mana mungkin mereka langsung tidak mengetahui bagaimana proses mengundi berjalan. Sekurang-kurangnya pendedahan ini membuka mata dan minda para pelajar.

Program yang berlangsung lebih kurang tiga jam itu berjalan dalam suasana meriah dan pelajar kelihatan gembira apabila mereka sendiri berlakon sebagai petugas dan pengundi. Mereka juga berharap agar program seumpama ini diteruskan lagi dari masa ke semasa.

Tinggalkan komen anda