Skip to main content
Berita TempatanHomeSabah

Semangat Perpaduan, Cintakan Negara Harus Terus Dipupuk

By 7 Julai 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Idris Sani Saberun/Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Semangat perpaduan dan cintakan negara perlu terus disemai, dipupuk dan dikekalkan dalam kalangan masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah (Kandungan Digital) Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia Datuk Mohd Sukari Abd Hamid, berkata usaha ini penting bagi menjadikan negara terus aman, makmur dan rakyatnya bersatu padu dan hidup penuh harmoni.

“Semangat cintakan negara ini perlu terus disemai dan dipupuk dalam kalangan rakyat agar negara kita terus menjadi aman dan mencapai kemajuan seperti mana yang diharapkan.

“Menyedari pentingnya usaha ini JaPen berusaha keras memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat berbilang kaum dan bangsa melalui pelbagai medium penyampaian.

Mohd Sukari (dua dari kanan) menyampaikan cendera kenangan daripada Jabatan Penerangan Malaysia kepada Dr Yusof (tengah) sambal disaksikan Norzawiyah (kiri), Samsuni (dua dari kiri) dan Hanafiah (kanan).

Mohd Sukari (dua dari kanan) menyampaikan cendera kenangan daripada Jabatan Penerangan Malaysia kepada Dr Yusof (tengah) sambal disaksikan Norzawiyah (kiri), Samsuni (dua dari kiri) dan Hanafiah (kanan).

“Salah satunya adalah melalui penganjuran Pameran Malaysia Baharu yang diadakan bertujuan untuk meningkatkan kefahaman rakyat tentang dasar-dasar kerajaan.

“Maklumat dasar-dasar ini diolah dan diterjemahkan dalam bentuk visual dan gambar supaya ia lebih menarik, kreatif dan mudah difahami oleh rakyat,” katanya dalam Majlis Perasmian Pameran Malaysia Baharu bersempena dengan Pertandingan Pengisahan Kenegaraan dan Pidato Kenegaraan Peringkat Negeri Sabah 2019, di sini semalam.

Majlis tersebut telah dirasmikan Exco Penerangan Sabah Merangkap Menteri Pelajaran dan Inovasi, Datuk Dr Yusof Yacob.

Menurut Sukari, penganjuran program ini juga turut memberi ruang kepada JaPen untuk mendekati rakyat melalui komunikasi secara bersemuka.

Dr Yusof (kanan) tertarik kepada cendera kenangan berupa karikatur potret beliau yang disampaikan Norzawiyah (tiga dari kiri) sambil disaksikan Samsuni (dua dari kiri).

Dr Yusof (kanan) tertarik kepada cendera kenangan berupa karikatur potret beliau yang disampaikan Norzawiyah (tiga dari kiri) sambil disaksikan Samsuni (dua dari kiri).

“Pelaksanaan program ini memberi peluang kepada penduduk negeri Sabah untuk menyertai dan melihat sendiri pemeran disamping menyertai kuiz kenegaraan dan Bintang Patriotik yang diadakan.

“Jadi besarlah harapan, agar Pertandingan Bintang Patrotik 2019 ini dapat memupuk serta menanam semangat cintakan negara melalui lagu-lagu patriotik yang dinyanyikan oleh para peserta.

“Melalui penyertaan ini juga diharapkan negeri Sabah dapat mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam dunia hiburan tanah air disamping meningkatkan pengetahuan ke arah masyarakat yang bermakluma,” ujarnya.

Hadir sama, Setiausaha Persekutuan Sabah Dato Samsuni Mohd Nor, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Mohd Hanafiah Datuk Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Negeri Sabah Norzawiyah Bulka dan Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan WP Labuan Roslan Muhammad.

-SH

Tinggalkan komen anda