Skip to main content
Berita TempatanHomePutrajaya

Tiga Lokasi Baharu Dikenal Pasti Sebagai Zon Perdagangan Bebas Digital – Gobind

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Ihsan Bernama

PUTRAJAYA, 15 Julai (Malaysiaaktif) – Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Lapangan Terbang Subang dan Pelabuhan Klang merupakan tiga lokasi baharu di bawah inisiatif Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) 2019 untuk menjadikan Malaysia sebagai hab e-penunaian (e- Fulfillment) e-Dagang serantau.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata DFTZ merupakan inisiatif nasional bagi memacu e-Dagang rentas sempadan melalui pendigitalan dengan menjana peningkatan eksport PKS tempatan.

“Sehingga kini, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang terlibat dalam usaha ini (DFTZ),” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman Facebook bagi menjawab soalan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (BN-Kepala Batas) yang ingin tahu status terkini pembangunan DFTZ dan KLIA Aeropolis di Sepang, hari ini.

Gobind menjelaskan DFTZ diperkenalkan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menembusi pasaran dunia serta bagi menarik jenama global dan “eMarketplaces” untuk menjadikan Malaysia gerbang pasaran global.

“Dalam tempoh 2017-2018, kemajuan utama yang telah dicapai di bawah inisiatif DFTZ adalah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan SME Corp. Malaysia telah memudahcara lebih 6,200 PKS untuk dilatih dalam e-Dagang rentas sempadan.

Sementara itu, berhubung pelaksanaan KLIA Aeropolis, Gobind berkata Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) telah menyediakan beberapa pelan utama.

“Selain itu, pembangunan Mitsui Outlet Park yang telah beroperasi sejak tahun 2014 (MICE and Leisure) dan pembangunan Maintenance Repair and Overhaul (MRO) di KLIA,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda