Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraMAPulau Pinang

KPKT kaji Mekanisme Iktiraf Pendapatan Sampingan Beli Hartanah

By 15 Julai 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Mohd Faizal Mat Akhir /Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 15 Julai (Malaysiaaktif) –  Majlis Perasmian Pelancaran rumah mampu milik oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin telah berlangsung baru baru ini, di sini.

Perumahan mampu milik yang dibina oleh JKP Sdn Bhd yang juga merupakan agensi pelaksana kepada Majlis Pembangunan Ekonomi Bumiputera Pulau Pinang. Pelancaran rumah Sarra, Aleesya dan Arora iaitu rumah teres satu tingakat dan rumah teres berkembar satu tingkat.

Zuraida Kamaruddin dalam ucapan perasmianya berkata, “Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sedang mengkaji mekanisme bagi membolehkan pihak bank mengiktiraf pendapatan sampingan golongan berpendapatan rendah (B40) sebagai sokongan memudahkan proses pembelian hartanah”

Majlis perasmian oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Majlis perasmian oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Langkah itu bagi membolehkan mereka yang melakukan pekerjaan sampingan seperti berniaga nasi lemak, menjadi pemandu e-hailing serta peniaga online (atas talian) membuat pelaburan hartanah di masa depan dengan membeli dan menjadi pemilik rumah, katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Jualan Rumah Satu Tingkat di Taman Ilmu Nibong Tebal pada Sabtu lalu.

Turut hadir pada majlis ini Pengerusi Jawatankuasa Pertanian & Industri berasaskan Agro Negeri Pulau Pinang Dr. Afif Bahardin, Adun Sungai Acheh Zulkifli Ibrahim, Ahli Lembaga Pengarah JKP Sdn. Bhd. Dr. Nirwan Noh, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd, Tuan Haji Ir. Samrulzaman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Saadon Mokhtar.

Tinggalkan komen anda