Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

30 Delegasi MSBC Lawat Sabah

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Asmidar Zainol/Jeffren Malaning (Kota KInabalu)

Kota Kinabalu, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Lebih 30 delegasi syarikat pelaburan dari Malaysia-Singapore Business Council (MSBC) mengadakan lawatan perniagaan ke Sabah selama dua hari bermula hari ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, lawatan tersebut meninjau potensi pelaburan dan kerjasama dengan Agensi Berkaitan Kerajaan (GLC) serta usahawan tempatan.

“Saya memberi penekanan mengenai kerjasama dan potensi pelaburan dalam sektor, pelancongan, minyak dan gas, pembinaan serta pertanian.

“Saya yakin, mereka mempunyai keupayaan dan minat untuk melabur di negeri ini dan kita bersedia untuk melihat dan meninjau daripada mana-mana segi pelaburan yang mempunyai potensi untuk kebaikan kedua-dua pihak sama ada kerajaan Sabah dan juga pelabur yang datang.

Shafie (duduk, tengah) semasa ditemubual media.

Shafie (duduk, tengah) semasa ditemubual media.

“Kita juga telah nyatakan dasar-dasar serta sektor yang menjadi keutamaan dan pihak kerajaan negeri bersedia untuk memberi kerjasama sebaik mungkin.

“Kerajaan bukan sahaja berkolaborasi dengan agensi-agensi Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan kerajaan pusat tetapi juga dengan negara jiran kerana penting bagi Sabah untuk pastikan kolaborasi antara Malaysia dengan negara-negara jiran seperti Singapura, Filipina, Thailand, Brunei dan Indonesia yang mempunyai potensi yang cukup besar, “ujarnya selepas menerima kunjungan daripada delegasi berkenaan.

Dalam pertemuan hampir dua jam itu, Shafie turut meminta MSBC untuk mengadakan kajian mendalam mengenai potensi dan impak perniagaan sekiranya Kalimatan menjadi ibu negara Indonesia yang baharu.

Turut hadir pada kunjungan tersebut ialah Pengerusi bersama MSBC (Malaysia), Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani, Pengerusi bersama MSBC (Singapura), Robert Yap dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pihak Berkuasa Pembangunan Ekonomi dan Pelaburan Sabah (SEDIA), Datuk Dr Mohd Yaakub Johari.

ER

Tinggalkan komen anda