Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Program “Info On Wheels” Pupuk Kesedaran, Semangat Patriotik

By 20 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Juslie Bacle/Marusin Minuddin (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 20 Ogos (Malaysiaaktif) – Penganjuran program “Info On Wheels” anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah sempena Bulan Kebangsaan 2019 dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Merakamkan gambar dengan risalah kempen

Merakamkan gambar dengan risalah kempen

Ahli Parlimen P 172 Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, pada program tersebut juga turut diadakan kempen Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih dan Kibarkan Jalur Gemilang.

“Di samping mengedarkan Jalur Gemilang, edaran bahan penerbitan dan risalah ia dapat menyampaikan info-info berkaitan dasar-dasar serta insentif-insentif kerajaan kepada masyarakat.

Chan, Tan dan Norzawiyah semasa walkabout mengagihkan Jalur Gemilang

Chan, Tan dan Norzawiyah semasa walkabout mengagihkan Jalur Gemilang

“Saya menyeru rakyat khususnya masyarakat setempat untuk kibarkan Jalur Gemilang di premis dan kediaman masing-masing,”ujarnya selepas mengadakan aktiviti walkabout di Gaya Street pada Ahad.

Dalam pada itu, Chan turut memaklumkan peruntukan sebanyak RM1.3 juta telah disediakan bagi menaik taraf beberapa projek berskala kecil di sekitar Bandaraya ini.

Chan, Tan dan Norzawiyah semasa walkabout mengagihkan Jalur Gemilang

Chan, Tan dan Norzawiyah semasa walkabout mengagihkan Jalur Gemilang

“Di sini juga saya ingin memaklumkan beberapa projek kecil akan dilaksanakan tidak lama lagi, antaranya menaik taraf dan menyelenggara permukaan jalan kawasan air pancut di Gaya Street, baik pulih lantai konkrit di tapak pasar ikan Kota Kinabalu dan bina baru laluan pejalan kaki berbumbung di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad.

“Selain itu, turut akan dibina adalah penghadang jalan di jalan Coastal Bandaraya dan membaik pulih struktur atap gereja Katolik di Kampung Kopungit, Luyang,”ujarnya.

Chan semasa ditemuramah media.

Chan semasa ditemuramah media.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas, Tan Lee Fatt; ADUN dilantik, Roonie Loh; Pengarah JaPen Sabah, Norzawiyah Bulka; Timbalan Pengarah JaPen Sabah, Yunus Saprin dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Peter Tong Ah Pin.

ER

Tinggalkan komen anda