
Laporan/ foto: Noor suraya binti Zainal (Timur Laut)
GEORGETOWN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Dewan Sri Pinang dipilih untuk diadakan sambutan kemerdekaan peringkat kawasan Tanjong. Program diadakan bertujuan menghayati erti negara disambut saban tahun.
Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperi senamrobik, pameran jabatan agensi kerajaan, sukan rakyat, treasure hunt dan lain-lain.
Majlis disempurnakan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Sharif. Menurut beliau, golongan wanita turut memainkan peranan penting sewaktu sebelum dan selepas kemerdekaan. Golongan wanita kini mampu menghadapi cabaran serta memikul tanggungjawab yang berat seiring dengan kaum lelaki.
Selain itu, tempoh 62 tahun kemerdekaan negara membuktikan kematangan rakyat untuk hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum bangsa dan agama. Keharmonian yang dikecapi ini harus dikekalkan untuk generasi akan datang ujarnya lagi.
Turut hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow, ADUN Pengkalan Kota Teh Lai Heng, ADUN Air Itam, Daniel Gooi Zi Sen serta barisan Pengerusi dan ahli JPWK Padang Kota, Pengkalan Kota dan Komtar (di bawah Parlimen Tanjong).
-II-