Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

62 Tahun Kemerdekaan Bukti Kematangan Rakyat

By 26 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/ foto: Noor suraya binti Zainal (Timur Laut)

GEORGETOWN, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Dewan Sri Pinang dipilih untuk diadakan sambutan kemerdekaan peringkat kawasan Tanjong. Program diadakan bertujuan menghayati erti negara  disambut saban tahun.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperi senamrobik, pameran jabatan agensi kerajaan, sukan rakyat, treasure hunt dan lain-lain.

Aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat

Aktiviti senamrobik bersama masyarakat setempat

Majlis disempurnakan oleh YAB Toh Puan Datuk Seri Utama Hajah Majimor Binti Sharif. Menurut beliau, golongan wanita turut memainkan peranan penting sewaktu sebelum dan selepas kemerdekaan. Golongan wanita kini mampu menghadapi cabaran serta memikul tanggungjawab yang berat seiring dengan kaum lelaki.

Agensi yang terlibat dalam pameran bagi memeriahkan lagi program tersebut

Agensi yang terlibat dalam pameran bagi memeriahkan lagi program tersebut

Selain itu, tempoh 62 tahun kemerdekaan negara membuktikan kematangan rakyat untuk hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum bangsa dan agama. Keharmonian yang dikecapi ini harus dikekalkan untuk generasi akan datang ujarnya lagi.

Turut hadir sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chan Kon Yeow, ADUN Pengkalan Kota Teh Lai Heng, ADUN Air Itam, Daniel Gooi Zi Sen serta barisan Pengerusi dan ahli JPWK Padang Kota, Pengkalan Kota dan Komtar (di bawah Parlimen Tanjong).

-II-

Tinggalkan komen anda