Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahMAPutrajaya

KMJG19: Segambut dan Batu Sambut Konvoi

By 26 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/ foto: Khairun Nadiah/ Nurul Azreen/ Nizam Zanil (Putrajaya)

SEGAMBUT, 26 Ogos (Malaysiaaktif) – Sedikit kelainan bagi konvoi Kembara Jalur Gemilang pada hari yang ke-16 apabila disambut oleh ahli parlimen Segambut dan Batu, Hannah Yeoh dan P. Prabakaran di padang rekreasi Jalan Jambu Golok.

Deruman enjin kenderaan konvoi memeriahkan suasana kawasan itu yang dihadiri oleh orang ramai yang ingin menyaksikan barisan kenderaan konvoi.

Kadet pengakap dari SJK(C) Mun Chong.

Kadet pengakap dari SJK(C) Mun Chong.

Dalam ucapan perasmiannya, Hannah Yeoh mengingatkan orang ramai untuk sedar akan peranan dan tanggungjawab kita semua sebagai warganegara Malaysia dalam mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum yang dianggap sebagai kunci utama dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita kecapi.

“Dengan kefahaman patriotik yang tinggi, pemeliharaan dan pemerkasaan perpaduan dapat dibentuk dengan mudah. Seluruh rakyat Malaysia pada masa kini adalah tonggak utama kepada kelangsungan kemerdekaan kita.”IMG-20190826-WA0039

Majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 itu turut dimeriahkan dengan persembahan kawad kaki oleh kadet persatuan Pengakap dari Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Mun Chong.

Menurut Pesuruhjaya Daerah Batu, Yue Chi Wai, mereka amat teruja dan berbangga apabila kawasan mereka dipilih sebagai salah satu lokasi hentian konvoi KMJG19.

“Acara seperti ini adalah usaha yang bagus untuk menaikkan semangat kemerdekaan kerana sebelum ini, saya atau orang lain mungkin tidak begitu maklum tentang konvoi ini. Namun apabila melihat dan merasai sendiri kemeriahannya, saya rasa acara ini perlu diteruskan lagi dan saya harap lebih banyak kawasan dipilih sebagai lokasi hentian,” ujar Chi Wei.

Selain Segambut, konvoi KMJG19 juga telah membuat hentian di Kampung Baru, Titiwangsa dan juga Seputeh.

Perasmian Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Sambutan Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019 di Kambung Baru telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Shahruddin Md Salleh manakala di Seputeh oleh Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

KMJG19 akan meneruskan perjalanan hari ke-17, iaitu hari terakhir ke Salak Tinggi dan Putrajaya.

Teresa Kok ketika acara sambutan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019.

Teresa Kok ketika acara sambutan konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2019.

Tinggalkan komen anda