
Laporan/foto: Mohd Fauzi Mohd Yusoff / Mohd Ariff Ishak (Tampin)
TAMPIN, 29 Ogos (Malaysiaaktif) – 97 Pelajar dalam Parlimen Tampin telah menerima Wang Pendahuluan Pelajaran (WPP) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di Dewan Bandaran Tampin, di sini baru-baru ini.
Setiap pelajar menerima RM 1,500 sebagai pendahuluan diri pembiayaan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT).
Ahli Parlimen Tampin Datuk Dr. Hasan Bahrom, berharap agar para pelajar menggunakan sebaiknya pendahuluan diri yang telah diberikan.
“Tahniah saya ucapkan kepada semua pelajar yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading, sesungguhnya anda semua merupakan harapan keluarga dan negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan WPP.
Sebanyak RM 145,500 keseluruhan WPP PTPTN telah disalurkan untuk pelajar dari Tampin yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi Awam.
Turut hadir ialah Penolong Pegawai Daerah Tampin, Hawa Mohd Toop, Pengurus Besar PTPTN Negeri Sembilan, Ain Syuhara Idris dan Pegawai Pendidikan Daerah Tampin, Hamzah Abu.
-AK