
Laporan/Foto:Jeanne J Som/ Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)
KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 36 pengamal media, pegawai dan kakitangan DBKK menyertai perlawanan persahabatan boling anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Isnin.
Mayor Bandaraya DBKK, Datuk Nordin Siman berkata, program julung kali dianjurkan itu bertujuan untuk meraikan wakil media yang telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program DBKK.
“Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi landasan bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kakitangan DBKK dengan pengamal media.
“Jutaan terima kasih kepada semua pengamal media atas komitmen yang diberikan dan kerjasama erat ini akan terus dipelihara agar setiap program dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya.
Antara organisasi yang mengambil bahagian adalah Sabah News Today, Utusan Borneo, New Sabah Times, Jabatan Penyiaran Sabah (RTM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah.
Hadir sama ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mugutan Vanar, Naib Presiden SJA, Zakaria Damit dan Setiausaha SJA, Siti Aisyah Narudin
ER