Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

DBKK Mengadakan Perlawanan Persahabatan Boling dengan Pengamal Media

By 21 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto:Jeanne J Som/ Ahmad Sarujin Seting (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Seramai 36 pengamal media, pegawai dan kakitangan DBKK menyertai perlawanan persahabatan boling anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada Isnin.

Nordin (tengah), Mugu (dua kiri) dan Siti Aisyah (kanan) pada perlawanan berkenaan.

Nordin (tengah), Mugu (dua kiri) dan Siti Aisyah (kanan) pada perlawanan berkenaan.

Mayor Bandaraya DBKK, Datuk Nordin Siman berkata, program julung kali dianjurkan itu bertujuan untuk meraikan wakil media yang telah memberikan kerjasama dalam membuat liputan program-program DBKK.

“Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi landasan bagi mengeratkan lagi hubungan dan kerjasama di antara kakitangan DBKK dengan pengamal media.

Aksi salah seorang pengamal media pada perlawanan tersebut.

Aksi salah seorang pengamal media pada perlawanan tersebut.

“Jutaan terima kasih kepada semua pengamal media atas komitmen yang diberikan dan kerjasama erat ini akan terus dipelihara agar setiap program dan dasar kerajaan dapat disampaikan kepada rakyat,” katanya.

Antara organisasi yang mengambil bahagian adalah Sabah News Today, Utusan Borneo, New Sabah Times, Jabatan Penyiaran Sabah (RTM) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Sabah.

KENANGAN.... Para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.

KENANGAN…. Para peserta merakamkan gambar kenangan sebelum perlawanan bermula.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Wartawan Sabah (SJA), Mugutan Vanar, Naib Presiden SJA, Zakaria Damit dan Setiausaha SJA, Siti Aisyah Narudin

ER

Tinggalkan komen anda