Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanMASabah

Shuryani Lancar Buku Resipi “Curry Leaves”

By 21 Ogos 2019Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/Foto:Juslie Bacle/ Johnny Joklis (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 21 Ogos (Malaysiaaktif) – Buku resipi bertajuk “Curry Leaves” hasil tulisan isteri Ketua Menteri, Datin Seri Shuryani Datuk Shuaib dilancarkan di salah sebuah hotel terkemuka, pada Selasa.

Christina semasa menyampaikan ucapan pelancaran buku tersebut.

Christina semasa menyampaikan ucapan pelancaran buku tersebut.

Menurut Shuryani, beliau mengambil masa selama dua tahun membuat persediaan untuk menyiapkan buku resipi setebal 100 muka surat tersebut.

“Ini adalah merupakan resipi turun temurun yang diwarisi daripada keluarga saya dan sehingga kini saya telah menerbitkan 16 buah buku resipi termasuk buku resipi “Curry Leaves” ini.

Christina (kanan) semasa melakukan gimik pelancaran Buku Resipi "Curry Leaves".

Christina (kanan) semasa melakukan gimik pelancaran Buku Resipi “Curry Leaves”.

“Untuk pelancaran hari ini, kita telah mencetak sebanyak satu ribu naskhah dan sekiranya ada permintaan kita akan menambah cetakannya,” kata Shuryani semasa menyampaikan ucapan pada pelancaran buku tersebut.

Buku Resipi “Curry Leaves” berkenaan dilancarkan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew.

Shuryani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Christina (tengah) sambil disaksikan oleh Shafie (kiri).

Shuryani (kanan) menyampaikan cenderahati kepada Christina (tengah) sambil disaksikan oleh Shafie (kiri).

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Pembantu Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat, Norazlinah Arif; Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ahmad Abdul Rahman dan Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Nordin Seman.

ER

Tinggalkan komen anda