Skip to main content
Berita SarawakBerita TempatanMA

Kibar Jalur Gemilang Dimana Saja

By 7 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

KUCHING, 7 Ogos (Malaysiaaktif)  – Menyahut seruan untuk mengibarkan Jalur Gemilang, Iswandi Ismail yang bertugas sebagai Pembantu Awam, Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak mengambil inisiatif untuk menghias ruangan pejabat dengan Jalur Gemilang pada pagi ini.

Menghias Jalur Gemilang di pejabatnya adalah bertujuan untuk menaikkan semangat cintakan Negara dan sekaligus memeriahkan ruangan pejabat yang mana pada ketika seluruh Negara kini dalam suasana penuh keceriaan menyambut Bulan Kebangsaan.

“Saya amat teruja apabila dipertanggungjawabkan oleh Ketua Pejabat untuk menghias ruangan pejabat dengan Jalur Gemilang dan secara langsung semangat kebangsaan yang ada dalam diri ini dapat diterjemahkan dalam bentuk hiasan Jalur Gemilang,” katanya.

Iswandi sedang melekatkan Jalur Gemilang bersaiz 3' X 6' di dinding pejabat

Iswandi sedang melekatkan Jalur Gemilang bersaiz 3′ X 6′ di dinding pejabat

Iswandi Menggunakan Jalur Gemilang bersaiz 2′ X 4′ dan 3′ X 6′ digunakan untuk menghiasi bahagian dinding dan siling pejabat manakala Jalur Gemilang berbentuk Fish Tail bersaiz 2′ X 8′ kaki digunakan untuk menghiasi dinding bahagian cermin.

“Apa yang menarik, ketika menghiasi Jalur Gemilang di pejabatnya pagi ini, saya dibantu oleh rakan-rakan sepejabat dan ini dapat menunjukkan kepada umum bahawa semangat kerja berpasukan sentiasa diamalkan dalam sesuatu gerak kerja dilakukan oleh kami di Bahagian Penerbitan dan Dasar Negara Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak,” tambahnya.

Dengan penuh bersemangat Iswandi mahu semua rakyat Malaysia tidak kira di mana jua berada menyeru agar mengibarkan Jalur Gemilang sepanjang Ogos hingga16 September sempena Hari Malaysia ini demi menyemarakkan lagi Bulan Kebangsaan yang disambut di seluruh negara.

Tinggalkan komen anda