Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pelajar Perlu Hayati Erti Kemerdekaan

By 7 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/Foto: Ramasamy Amas / Siti Noorezrin Mahmood (Jempol)

JEMPOL, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu, Anuar Nordin, menjelaskan bahawa kestabilan sesebuah negara adalah lahir daripada semangat cintakan negara yang tinggi.

“Erti Kemedekaan bukanlah sekadar bebas daripada penjajahan secara fizikal semata-mata, malah ia perlu dihayati dengan lebih mendalam agar kita dapat menghindari penjajahan yang lebih bahaya seperti penjajahan mental serta pengaruh negatif dari anasir luar.”

“Melalui pelbagai program patriotik, ia sedikit sebanyak dapat menyuburkan semangat cintakan negara. Justeru, pendekatan Jabatan Penerangan mengadakan program Merdeka@Komuniti sekolah dilihat sebagai langkah yang terbaik dalam memupuk semangat tersebut,” katanya ketika ditemui merasmikan Merdeka@SMK Datuk Mansur, di sini pagi tadi.

Anuar turut berharap agar seluruh warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Mansor lebih memahami dan menghayati maksud tema sambutan bulan kebangsaan tahun ini iaitu “Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih”.

WhatsApp Image 2019-08-07 at 15.26.46

Pelajar SMK Datuk Mansor menyanyikan lagu Malaysia Bersih.

“Ia membawa maksud yang mendalam dan menekankan kepentingan perpaduan serta semangat cintakan negara demi kesejahteraan dan kemakmuran rakyat Malaysia, ia juga memupuk kepentingan nilai integriti sebagai jati diri rakyat Malaysia.

“Biarlah kita terus menanam semangat patriotisme melalui cara pemikiran minda kelas pertama, sekaligus dapat mempertahankan kemerdekaan yang telah diperjuangkan oleh para pemimpin negara yang terdahulu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Pengetua SMK Datuk Mansor, Ab. Rahop Zakaria, berkata sejarah negara perlu ditelusuri dengan sejujurnya agar pengetahuan yang diperolehi dapat dimanfaatkan untuk perpaduan dan pembangunan negara.

WhatsApp Image 2019-08-07 at 14.43.48

Ab. rahop menerima poster Hari Kebangsaan daripada Jabatan Penerangan

Sementara itu, wakil Pengarah Penerangan Negeri Sembilan Norhayati Shamsu Anuar, berkata pelajar hari ini adalah bakal pemimpin negara pada masa hadapan.

“Mereka harus melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan agar negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti serta melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan peka dengan perkembangan semasa negara,” katanya.

-AK

Tinggalkan komen anda