Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Perlu Pengasuh Berkemahiran Demi Keselamatan Anak-Anak Di Bawah Jagaan

By 7 Ogos 2019Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto:  Roshidayah Idris/Shavian Mohd Razali (Kota Kinabalu)

KOTA KINABALU, 7 Ogos (Malaysiaaktif) – Pengasuh berkemahiran amat diperlukan dalam memastikan anak-anak di bawah jagaan mereka selamat dan terjamin.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, selain dapat meningkat keselamatan anak-anak di bawah jagaan secara tidak langsung menjadikan taska yang diusahakan berada dalam keadaan kondusif.

Yeoh semasa merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak kepada Pengasuh di Rumah.

Yeoh semasa merasmikan Seminar Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak kepada Pengasuh di Rumah.

“Tanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak ini bukan mudah dan tidak semua orang mampu untuk melakukannya.

“Oleh itu, kita harus mempersiapkan pengasuh kita dengan segala kemahiran yang perlu ada untuk menjadi seorang pengasuh yang baik,”ujarnya.

Tambah Yeoh, operator mengalami kesukaran untuk mencari pengasuh yang berpengalaman kerana kebanyakan pengasuh hanya menjadikan kerjaya ini sebagai transit.

“Ada ramai pengasuh yang habis sekolah dan muda tetapi mereka hanya melihat industri ini sebagai transit sementara menunggu kerja yang lain.

Peserta seminar bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Peserta seminar bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.

“Kesukaran operator adalah untuk mencari pengasuh yang akan bekerja untuk jangka masa yang lama kerana kemahiran diperoleh daripada pengalaman,”jelasnya.

Yeoh juga menyatakan penstrukturan semula akan dilaksanakan dalam menarik lebih ramai tenaga kerja dalam bidang berkenaan.

“Penstrukturan semula industri ini akan dibuat untuk memastikan terdapat kemajuan kerjaya pengasuh agar mereka nampak masa depan sebagai seorang pengasuh.

“Akhirnya mereka bukan hanya menjadi pengasuh yang berpengalaman tetapi boleh menjadi operator yang dan membuka francais taska pada masa akan datang,” katanya dalam sidang media Majlis Perasmian Penutupan Seminar Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Bayi dan Kanak-kanak kepada Pengasuh di Rumah di Wisma Wanita, pada Selasa.

Peserta seminar bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Peserta seminar bergambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Seminar sehari tersebut dihadiri seramai  50 pengasuh berdaftar bertujuan membantu mempertingkatkan lagi kemahiran sedia ada kepada pengasuh.

Antara tajuk seminar yang dibentangkan adalah Teknik Penyusuan Kepada Bayi dan Kanak-kanak, Latihan Pertolongan Cemas kepada Bayi dan Kanak-kanak serta Latihan Pencegahan Kebakaran.

ER

Tinggalkan komen anda