Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KMJG19: Contoh Kerjasama Baik Antara Agensi

By 4 Ogos 2019Ogos 15th, 2019Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Syed Hisham Shah/Nizam Zanil (Putrajaya)

MELAKA, 4 Ogos (Malaysiaaktif) – Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2019 yang memasuki edisi ke-17 kali ini contoh baik kerjasama antara agensi melalui Pelaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Roselindawati Abdul Rahman, KMJG’19 dengan kekuatan anggota 133 orang pelbagai disiplin kali ini akan menjelajah ke 6,200km membawa misi menyemarakkan semangat cintakan negara melibatkan 62 hentian di seluruh negara.

“KMJG bukan sekadar menyemarakkan semangat cintakan negara untuk orang ramai sama-sama meraikan bulan kebangsaan ini, tetapi juga untuk menyebarkan mesej iaitu dasar-dasar kerajaan dan juga inisiatif-inisiatif yang telah dicapai.

Peserta konvoi bergambar kenangan.

Peserta konvoi bergambar kenangan.

“Kembara kali ini bukan sahaja singgah di bandar-bandar besar malah turut menyantuni mereka di pekan-pekan kecil, ini yang membuatkan ianya unik,” katanya yang ditemui semasa sesi taklimat bersama-sama peserta konvoi KMJG’19, di sini hari ini.

Roselindawati turut gembira mengadakan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam merealisasikan kembara kali ini.

“Kita bekerjasama dengan banyak rakan strategik antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta pihak media.

“Malah bersama-sama kita pada kali ini adalah rakan strategik daripada Kelab Permotoran J17 dengan hasrat untuk menyantuni golongan belia yang sedia maklum amat meminati sukan permotoran dan itu memudahkan kita untuk menyebarkan mesej ini,” tambahnya.

KMJG kali ini turut melibatkan selebriti tempatan Mazlan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Lan Pet Pet dan mantan Timbalan Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman.

-SH

Tinggalkan komen anda